Hari ni saya nak kongsikan 3 doa yang bagus untuk wanita.

Doa yang bagus untuk wanita: Doa untuk dapat pasangan dan keturunan penenang hati

Doa agar kita diberikan keturunan yang baik kerana kita tahu, keturunan yang baik lah yang boleh memberikan ketenangan pada kita di dunia dan akhirat. Pada masa yang sama, kita meminta dari Allah untuk Allah kurniakan zuriat dan pasangan yang menyejukkan mata kita. Di sini bermakna, ia untuk buat kita rasa tenang dan selesa bersamanya. Ada kan orang yang ada pasangan yang asyik bergaduh. Ada anak pun buat hal. Kita nak elak sebegitu. Jadi kita kena sentiasa minta doa ini dari Allah, sejak kita zaman remaja lagi. Sejak belum berkahwin. Amalkan sejak sekolah rendah pun boleh. Ajar anak kita amalkannya kerana doa adalah tabung. Ia perlukan proses dan masa untuk dikabulkan satu hari yang sesuai.

Doa untuk kita dan zuriat keturunan kita memahami agama, dan untuk dapat anak soleh dan solehah.

Bagi saya, doa ini penting kerana agamalah yang akan selamatkan kita. Kita berada di akhir zaman. Anak kita nanti lagi lah kan. Jadi kita ada kuasa doa sebagai seorang wanita dan sebagai seorang ibu. Pegang senjata kuasa doa ini betul betul. Amalkan selalu terutamanya setiap kali nampak anak kita.


Doa dimatikan dalam husnul khotimah

Kita tahu, bagaimana cara mati kita, itu tanda kita jadi ahli syurga atau ahli neraka. Itu tanda kita akan hidup sengsara atau bahagia di dalam kubur. Itu tanda Allah murka atau sayang pada kita. Sebagai wanita yang bijak, kita kena doa ini selalu. Amalkan seharian dalam hidup kita. Dan kita kena ingat, bila Allah bagi kita ingat untuk meminta padaNya, Allah sebenarnya nak bagi pada kita. Maksudnya, kalau kita jarang minta doa ni, maksudnya Allah bukan nak bagi. Ia menakutkan kalau kita mati bukan dalam husnul khotimah. Jadi selalu minta ye.

Doa dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab

Kita tahu, nak masuk syurga tanpa hisab bukan hal mudah. Tapi tak mustahil. Kita ni manusia lemah berbanding sahabat Rasullah saw dan orang yang lebih alim dari kita. Tapi tak salah untuk kita meminta dari Allah. Betapa seronoknya kita apabila kita masuk syurga tanpa perlu dibakar di dalam api neraka walau pun sedikit. Tanpa perlu kita dihisab dengan masa yang sangat lama di padang masyar. Jadi kita amalkan doa ini selalu ye agar kita tergolong dalam kalangan mereka yang masuk syurga tanpa hisab bersama ahli keluarga kita. InsyaAllah. Doakan untuk saya juga tau kawan kawan.


Marilah kita, amalkan doa yang bagus untuk wanita. Kita boleh merangkumi untuk seluruh keluarga kita juga insyaAllah.

Untuk register menjadi ahli Shaklee, boleh terus ke link di bawah ni. Anda boleh dapat harga potongan sehingga 25% terus bila menjadi ahli Shaklee. Cash back pun anda dapat. Register di bawah ni ye.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *