Zaman sekarang, kalau nak buat bisnes online tu, memang di hujung jari lah kan. Merata-rata peluang bisnes online ni. Duk rumah je pun boleh buat. Nak buat sebagai part time bisnes pun boleh. Kita saja yang kena rajin dan pandai memilih. Kat sini saya nak kongsikan tentang tips bisnes online yang mudah dan sesuai diikuti oleh sesiapa saja.

Tips Bisnes Online Pertama: Jual barang orang

Saya tahu, andai kita nak berbisnes, kita memang nak dapat hasil yang banyak. Terus jadi founder bukannya satu keputusan yang bagus apabila kita belum ada sebarang pengalaman. Takut habis duit lagi adalah. Jadi, jalan terbaik untuk timba ilmu adalah dengan cara jual barang orang. Kita jadi reseller maksudnya. Haa begitu.

Baca: Reseller Shaklee pun boleh jadi jutawan.


Tips Bisnes Online Kedua: Pilih produk yang bagus dan berkualiti serta selamat

Berbisnes ni, libatkan air muka kita, maruah kita, prestasi kita. Kiranya ia libatkan kepercayaan orang terhadap kita. Jadi kita kena pandai untuk faham yang semua pilihan kita akan libatkan diri kita. Jika kita salah pilih produk untuk kita jual, ia akan buat orang tak percayakan kita lagi. Rekod kita tercemar.

Jadi, kita kena pilih produk yang bagus dari segi kualiti, juga dari segi keselamatan. Takde guna jika ia bagus, namun tak selamat. Orang guna produk kita, dapat kesan cantik dengan cepat. Tapi orang akan ada masalah kanser kulit. Fuhhhhh. Boleh kena serang ni kalau kita jual produk macam ni.

Baca: Produk Shaklee selamat dan sesuai dijadikan sebagai bisnes online anda

Tips Bisnes Online Ketiga: Pilih syarikat yang stabil

Kita nak buat bisnes ni, biar ia boleh jadi satu peluang untuk kita dapat berpuluh tahun ke hadapan. Carilah bisnes yang syarikatnya ada masa depan. Biar sekali pilih, selamanya kita boleh dapat hasil. Tapi tetap kena jaga bisnes ni lah. Bukan biarkan.

Baca: Founder Shaklee adalah seorang multimillionaire

Tips Bisnes Online Keempat: Rajin, konsisten dan hati kental

Bisnes ni kita nampak macam best kan? Duit macam masuk hari hari. Takde pening apa. Bebas kewangan. Bebas masa. Senyum aje. Tu kita nampak orang yang berjaya dalam bisnes. Tapi kita tak tengok time dia sakit kepala sampai migrain, sampai masuk wad. Kita tak bersamanya di kala dia alami depression dek kerana kerugian dalam bisnes. Kita tak bersama mereka di kala mereka takde duit pun nak buat anak isteri makan sebab duit banyak habis kat bisnes. Kita tak ada bersama mereka di kala mereka menangis waktu malam meminta bantuan dari Allah.

Sebab tulah tips bisnes online keempat ni saya minta anda untuk rajin, konsisten, dan kentalkan hati. Sebab nak dapat hasil tu tetap kena rajin dan konsisten walau apa jua dugaan hadir dalam bisnes kita ini.

Siapa yang menyerah kalah, dia tak akan dapat hasil. Sebab tu sabar sangat tinggi diperlukan dalam bisnes. Bukan senang untuk senang tau. Mental kena kuat. Sebab tu jangan dengki dengan orang yang berjaya dalam bisnes. Mereka sudah lalui segala kesusahan yang belum kita lalui. Mereka dah lalui ujian yang belum kita lalui. Sebab tu Allah berikan mereka rezeki yang besar dek kerana mereka sabar, rajin, konsisten dan terus kuat.

Tips Bisnes Online Kelima: Fokus pada matlamat, bukan pada cabaran

Fokus pada matlamat anda dalam bisnes ni. Lihat apa anda nak capai. Nak bebas kewangan? Susun dan urus kewangan sebaik- baiknya walaupun baru je berbisnes.

Contoh anda jual Shaklee. Anda jual barang orang kan tu? Anda promot, ada customer yang nak beli Shaklee dengan anda. Harga barang contohnya RM100. Modal RM55. Jadi RM55 tu, anda beli barang customer tu tadi. Kemudian baki RM45 tu anda masuk satu tabung di rumah. Tulis sebagai “Tabung Untung Bisnes”. Jangan terus dibelanja. Masih sabar untuk meraikan kejayaan. Letak matlamat. Contoh nak RM500 pertama. Baru nak guna RM100. Dengan ini, RM400 tu anda boleh buat sebagai pusingan modal. Simpan dulu.

Jadilah orang yang bermatlamat dalam bisnes ini. Biar tahu urus kewangan dan tahu urus nafsu nak berbelanja. Kita ni dah pandai sangat dah berbelanja. Sekarang masanya untuk kita pandai buat duit dan pandai urus kewangan.

Baca: Boleh guna duit Shaklee untuk belanja mak ayah ke umrah

Boleh baca juga tips bisnes online dari kawan saya di sini ye.

Dapat sesuatu? Jika anda nak join bisnes Shaklee, boleh hubungi saya ye.

www.wasap.my/60139422527/SayaNakJoinShaklee atau boleh buat belian terus di sistem Shaklee selepas register menjadi ahli Shaklee melalui link ini ye. Ni linknya. https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816

Nota penting: Andai anda register Shaklee di website Shaklee di www.shaklee.com.my, boleh letakkan id no 846816 sebagai sponsor anda ye. Jika register di branch atau HQ pun, boleh letakkan id no 846816 sebagai sponsor anda. Saya yang akan bantu anda jana pendapatan melalui Shaklee ini, insyaAllah.

Boleh save nombor saya di atas sebagai Ira Shaklee ye. Senang nak jumpa dalam phone book anda bila anda mencarinya. Boleh rekomen saya kepada kawan kawan dan saudara mara anda juga. Sebab saya adalah trusted Shaklee Business Builder sejak 2011. Alhamdulillah. 

Salam perkenalan,

Nur Zahirah

www.wasap.my/60139422527

FB: Nur Zahirah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *