Kat sini saya nak kongsikan bagaimana tip travel apabila kita travel dengan anak. Biasalah kan, kita ada anak kecil terutamanya, memang mencabar lah. Anda ada berapa orang anak? Kalau saya, ada 5 orang anak. Masa mereka semua masih kecil dan sudah besar ni, jauh bezanya. Saya kongsikan nanti di bawah ya.

Ni 3 dari 5. 2 orang lagi berada di asrama sekarang ni. Alhamdulillah semua dah besar, tinggal yang bongsu saja masih 11 bulan usianya alhamdulillah.

Pastikan packing baju dengan cukup

Tengok berapa lama kita nak travel tu. Dan ke mana kita nak pergi. Ada kemudahan mencuci baju ke?Cuaca sekarang bagaimana? Ada event apa apa ke? Plan setiap hari cuti tu nak ke mana.

Semua ni main peranan berapa banyak baju yang kita nak bawa balik. Bukan baju aje, tapi semua kelengkapan dari atas ke bawah.

Sebagai contoh, nak balik kampung. Kita boleh cuci setiap hari kan? Cuaca pulak panas terik je. Nak balik cuti seminggu contohnya ke kampung. Jadi saya hanya meminta anak-anak packing baju untuk 2 pasang untuk pakai waktu siang, dan 2 pasang untuk dipakai pada waktu malam. Kemudian bawa lah 1 pasang baju renang dan 1 pasang baju jalan jalan kot nak keluar makan ke. Sebab baju duduk rumah tak sama dengan baju jalan jalan. Tudung pun kena pastikan bawa 2 helai kerana ada kalanya ada yang bukan mahram datang ke rumah nenek dan datuk mereka. Sarung kaki dan sarung tangan pun wajib ada 1 ke 2 pasang. Aurat mesti ditutup dengan baik walau balik kampung. Jadi kena bawalah siap siap ye.

Pilih baju yang elok

Pakaian pula perlulah yang elok. Tidak koyak, tidak singkat, menutup aurat dengan sempurna. Kiranya anak perempuan saya berlengan panjang dan berseluar panjang. Memang beli baju begitu untuk mereka. Jarang ada baju berlengan pendek kerana waktu siang pun aktif keluar dari rumah. Jadi berbaju lengan panjang ajelah terus.

Baju untuk bayi atau kanak-kanak yang masih kecil

Untuk anak saya yang masih bayi, biasanya saya akan packing bajunya 2 kali ganda dari abang abang dan kakak kakaknya. Sebab dia masih kecil. Kadang terbocor semasa membuang. Kadang termuntah dan tertumpah makanan di atas baju dan seluar. Kadang bermain sampai kotor pakaian. Jadi saya akan bawakan lebih baju dan seluar untuknya.

Lampin pakai buang yang cukup

Bagi anak yang pakai lampin pakai buang, pastikan cukup bilangan diapersnya mengikut situasi anak. Dan pastikan ia mudah dicapai di mana-mana kita berada. Sebagai contoh kita dah letakkan lampin tu di dalam beg luggage yang besar. Namun pastikan ada juga 2 ke 3 helai lampin pakai buang termasuk sepasang pakaian di dalam beg bayi untuk memastikan senang untuk menukar lampinnya di dalam perjalanan.


Minyak angin, tisu basah dan krim pelembab untuk bayi

Pastikan di dalam beg bayi, kita juga letakkan minyak angin dan krim pelembab untuknya. Begitu juga dengan tisu basah. Kerana biasanya kita akan gunakannya setiap kali kita nak tukar lampin bayi, juga ketika kita nak bersihkan bayi dari sebarang kekotoran. Ada kalanya, abang dan kakaknya, malah ibu dan ayahnya juga menggunakan tisu basah dan minyak angin bayi di kala mereka perlukan. Betulkan?

Bawa bekalan semasa perjalanan

Saya seorang ibu yang sangat memastikan anak-anak berada dalam keadaan selesa dan kenyang jugaklah, tidak lapar. Saya selalunya akan sediakan satu beg khas untuk makanan. Tak kisah samada saya akan masak terlebih dahulu atau saya bekalkan roti dengan jem ke. Tetap kena ada makanan dalam beg untuk kami semua.

Minimakan beg yang dibawa

Apabila kita travel, jika pakaian tidak banyak, kita boleh gabung untuk 1 beg luggage tu untuk 2 ke 3 orang guna. Biasanya, kalau balik kampung dalam seminggu dan semua keperluan untuk mencuci pakaian itu ada, malah cuacanya pun elok, saya lebih memilih untuk hanya bawa 3 luggage saiz sederhana saja untuk dibawa balik ke kampung. Jadi anak anak saya 3 orang akan gabung dalam 1 beg. 2 anak yang berada di asrama, mereka akan gabung buat 1 beg. Saya dan suami pula 1 beg.

Ini kerana akan ada juga beg khusus untuk kami bawa vitamin Shaklee, ubat-ubatan seperti panadol, ubat demam, ubat batuk, ubat selsema untuk anak-anak.

Ada juga satu plastik khusus kami bawa balik minyak serbaguna, sikat rambut, minyak urut, vicks. Kat sini saya serta kan dalam satu beg biasa saja. Bukannya luggage. Selalunya saya guna beg Shaklee aje. Senang untuk dibawa dan kuat pulak tu. Lagipun ia super cantik.

Setakat inu, inilah bahagian persediaan untuk tip travel dengan anak. Jika untuk ke luar negara di musim sejuk, persediaan lebih detail lagi. Nanti saya kongsikan di lain post ye.

Bila ia melibatkan anak anak, kita sememangnya perlu untuk bersedia lebih baik lagi kerana kita bukan travel bersendirian. Segala keperluan mereka kita perlu sediakan dari A to Z. Kita dah nak kena fikir apa yang akan kita lalui sejak kita keluar rumah sehingga kita balik semula ke rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *