Siapa yang tak nak pendapatan lumayan kan? Saya sendiri memang sukakan pendapatan yang lumayan kerana ia bantu dalam merealisasikan impian saya untuk keluarga saya, juga untuk diri sendiri. Ada banyak peluang untuk kerja dari rumah yang bantu berikan pendapatan lumayan setiap bulan.

Menjadi Pengasuh Anak kepada orang Bekerja

Yang ini, andai memang kita minat budak-budak, bolehla jadi ia sebagai kerja dari rumah. Kalau saya, tak minat sangat nak jaga anak orang sebab nak jaga anak sendiri pun kelam kabut jadinya saya. Haha.

Sebab kita kena jaga elok-elok budak ni. Bukan asal hidup je. Risiko tinggi jaga budak tau. Kita kena sayangkan anak yang kita asuh tu. Bukan sebab duit semata-mata ye. Kalau kita tak suka, dan rasa terpaksa, lebih baik tak payah kerana kemungkinan besar kita akan aniaya anak itu. Tak pasal pasal jadi pendera mahupun pembunuh. Sebab tu kena fikir masak-masak sebelum nak jadi pengasuh.

Pengasuh saya dulu, dia hanya jaga 3 anak saya. Tak jaga anak orang lain. Sebulan kami bayar RM1000 tahun 2012. Maksudnya, kakak ni jaga anak anak pada waktu pejabat, selama hari kerja sahaja iaitu 5 hari seminggu. Duduk rumah, urus rumah, urus anak anak, urus suaminya macam biasa. Tapi dia dapat RM1000 lebih kurang macam orang kerja rider yang berpanas berhujan. Kira ok lah kan.

Dia membantu ibu yang nak anaknya dijaga secara personal oleh orang yang dipercayai. Sebab kalau saya sendiri pun, lebih prefer pengasuh tu jaga anak anak saya saja, tanpa jaga anak orang lain sebab takut tak terjaga hal anak saya. Tapi bayar mahal lah sikit hehe. Kira ok lah kan RM1000 ni. Mewah jugak kakak ni. Haha.

Macam dulu, bila saya dapat bonus Petronas, saya pun bagi kakak pengasuh saya ni bonus. Hari raya pun saya bagi bonus hari raya. Seronok dia. Hehe. Sebab saya jenis tak berkira dengan orang yang banyak bantu saya dalam jaga anak anak saya macam jaga anaknya sendiri.

Buat bisnes menjual barang orang lain

Kerja dari rumah yang ni memang paling sempoi lah sebab kita hanya buat marketing dan sales sendiri saja. Tak perlu nak sediakan produk sendiri. Jadi sendiri tak sakit kepala nak keluarkan modal yang besar. Kita hanya menjadi orang yang collect collect order saja. Kita beli barang customer pun selepas customer buat bayaran. Kiranya jadi ejen mahupun stokis. Tapi stokis tetap pegang barang. Sebagai permulaan, tak perlu lah kita pegang barang ye sebab kita baru nak belajar.

Baca: Bestnya bisnes Shaklee ni modal rendah dan tak perlu simpan stok bagi orang baru

Bisnes Kek dan Kuih Muih

Bagi yang pandai buat kek, pandai memasak, pandai buat kuih muih, inilah peluang anda. Hanya mula buat kecil kecilan, lama-lama akan membesar. Ada kawan saya di buat bisnes puding caramel. Memang setiap hari ada orang order puding caramel dengan dia. Saya tengok pun terliur. Memang sedaplah tu ramai yang order.

Sambil dia jual puding caramel tu, sambil dia promot barang orang yang dia jual. Dia ni jual Shaklee. Jadi, customer puding caramel dia ni lah yang beli Shaklee dengan dia. Sampai dia pun jadi leader hebat dalam Shaklee tau. Power kan. Dua dua dia dapat.

Baca: Amy si penjual puding caramel berbisnes Shaklee

Boleh baca tulisan kawan saya di sini juga tentang topik berkaitan kerja dari rumah.


Kalau anda, antara 3 ni, yang mana anda rasa sesuai untuk anda. Saya nak ajak anda pun untuk bekerja dari rumahlah dengan berbisnes Shaklee.

Anda boleh hubungi saya untuk buat bisnes Shaklee dari rumah ye. Nanti saya kongsikan pengalaman saya tentang ini. Sebelum tu, anda boleh baca di sini dulu ye.

Nur Zahirah

Id no: 846816

Nak register Shaklee? Boleh klik link ni.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *