Hari ni saya nak kongsikan dengan anda tentang cara kurus sihat dan selamat dengan Shaklee. Ramai orang nak kurus tapi terlupa untuk pilih cara sihat dan selamat. Jalan yang saya nak kongsikan adalah melalui jalan Shaklee. Set kurus Shaklee yang saya nak kongsikan ni tak perlu berlapar pun.

Tak ada orang yang nak kurus tapi pada masa yang sama alami sakit. Betul kan? Kat sini saya nak kongsikan apa set Shaklee yang membantu anda kurus dengan sihat dan tidak perlu berlapar pun.

Saya dah amalkan sekian lama set kurus ini untuk menurunkan berat badan saya selepas saya bersalin. Memang menjadi, alhamdulillah. Ada banyak program di luar sana yang tak boleh makan nasi langsung, itu ini tak boleh diambil. Malah ada yang diminta makan biskut kering sahaja. Kalau inilah program yang anda lalui, lebih baik quit sajalah sebab anda pasti tidak kurus, kerana nak kurus tak boleh ada stres. Dah la tak kurus, malah dapat penyakit pula akibat stres yang tinggi ini. Nak kurus ni kita kena enjoy, tapi bukan sehingga lupa diri apabila nak makan.

Apabila kita nak turunkan berat badan, apa yang paling kita perlukan adalah nutrisi yang cukup dalam proses ini. Kita tak mau lah jadi kurus tapi macam orang berpenyakit pula sebab alami pelbagai masalah kesihatan.

Saya terangkan satu per satu ye tentang fungsi setiap produk dalam set kurus ini ye.

  1. ESP- Bantu dalam memberikan 14gram protin dalam setiap hidangan. Boleh dicampur sekali dengan Cinch Shake untuk rasa yang makin sedap. Ia miliki kalsium dan juga 5 jenis vitamin B.

1. Cinch Shake

Cinch Shake Shaklee merupakan makanan lengkap kerana mengandungi tinggi zat protein, sedikit karbohidrat, dan lemak. Ia juga mengandungi 21 jenis vitamin dan mineral termasuk

  • Vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12,
  • Vitamin C, D3, E,
  • Mineral seperti Kalsium, Zat Besi, Fosforus, Magnesium, Zink, Selenium, Tembaga, Mangan, Natrium, Potasium.

1 hidangan Cinch Shake menyediakan 180kcal jadi rendah kalori tapi penuh khasiat. Cinch Shake membekalkan

  • karbohidrat dan kaya dengan protein.
  • Tinggi serat, dengan 6gram setiap hidangan.
  • Diperkayakan dengan leucine untuk membantu pembentukan otot dan membakar lemak badan untuk mencapai berat badan yang lebih sihat. Mengandungi 21 vitamin dan mineral penting

2. Lecithin

Fungsi Lecithin khususnya untuk kuruskan badan dengan

  • membantu mempercepatkan proses pemecahan lemak dan meningkatkan metabolisma.
  • melindungi kesihatan hati yang merupakan sejenis lipid khas yang mencegah lemak daripada terkumpul di dalam hati
  • Bersama-sama dengan kolin, mereka mengawal aliran keluar masuk nutrien dan membantu
  • menyingkirkan toksin daripada hati bagi mengelakkan sebarang kemudaratan kepada tubuh badan
  • Menghasilkan asetilkolin, iaitu bahan yang terlibat dalam pembelajaran, daya ingatan, fungsi otot, tidur, rangsangan seksual, rembesan dan peredaran hormon.
  • Menggalakkan penggunaan lemak sebagai tenaga.

3. OmegaGuard

Dalam kajian-kajian banyak menyebut peranan omega 3 dalam hal kuruskan badan.

  • Omega 3 dapat tingkatkan metabolism tubuh kata kajian dalam International Journal of Obesity and Related Metabolism Disorder. Meningkatkan 4% dalam masa sebulan. Jumlah yang perlu diambil ialah 6g sehari
  • Omega 3 membantu turunkan rasa lapar. Selera mengecil. Maklumat ini didapati dalam kajian di Journal Appetite. Apabila kita kenyang, tiada lagi makan jajan, tiada lagi kudap kudapan.
  • Omega 3 bantu otak juga lebih pikap.
  • Satu lagi dalam kajian dari American Journal of Clinical Nutrition mendapati pengambilan minyak ikan omega 3 dapat turunkan lemak. Kesan yang diperoleh seawal minggu ke 6.

4. Herblax

Herblax merupakan campuran proprietari termasuk daun senna, yang digunakan secara tradisional untuk kesihatan usus.

Dengan mengamalkan Herblax, ia membantu melegakan masalah sembelit yang dihadapi semasa berpuasa / intermittent fasting disebabkan kekurangan pengambilan cecair dan serat.

5. Vivix dan ResV

Vivix dan ResV merupakan signature produk Shaklee yang kaya dengan polifenol.

Shaklee menggunakan proses ekstrak yang dipatenkan untuk mengekalkan kuasa antioksidan dan polifenol supaya anda boleh hidup sihat dan bertenaga dengan minuman botani yang lazat ini!

  • Mempunyai anti diabetic effects: pulihkan semula pankreas. Bila pankreas sihat, insulin sensitivity dan metabolisme gula akan normal.
  • Bersifat anti auto genesis: merupakan proses memotong atau menghancurkan salur darah yang tak normal yang ada pada sel-sel tak normal termasuk sel kanser, tumor. Berita baiknya ialah, dalam sel lemak juga ada salur darah. Bila kita makan polifenol yang ada khasiat anti autogenesis, ia akan bantu potong salur darah tu terus.

    Baca sini untuk lanjut tentang anti autogenesis: How We Can Starve Cancer With Food
  • Elakkan craving gulapolifenol ada khasiat sebagai “brain protective property“. Ia bermaksud dapat memulihara otak kita jadi berfungsi dengan baik (tidaklah teringat-ingat makanan atau lambat rasa kenyang). Lambat rasa kenyang inilah puncanya kita makan berlebihan dan menyebabkan kita makan berkali-kali akibat craving. Lebih ringkasnya polifenol bantu otak kita lebih cepat pikap.
  • Polifenol juga membantu kita dapat kurangkan stress dan tidur lebih lena. Umum mengetahui hubungan di antara stress yang menyebabkan kita mengalami gangguan tidur selain ianya juga menyebabkan kita bertambah berat badan. Dalam hal tidur yang lena, polifenol membantu tingkatkan fungsi GABA, sejenis neurotransmitter yang bantu relaks otak yang bising dan kurangkan anxiety. Justeru ia bagi relaks dan sebabkan kita mamai (drowsiness), jadi lebih cepat boleh tertidur. Sebab tu kalau ambik polifenol, letak je kepala pada bantal, terus tidur.

    Baca sini untuk lanjut tentang bantuan tidur: ResV Shaklee Bantu Tidur Lena


Boleh wasap saya untuk dapatkan set ini ye

Nur Zahirah

id no: 846816

www.wasap.my/60139422527/NakSetKurusTanpaBerlapar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *