Bila usia makin mendekati 40 tahun, jeragat akan makin banyak kelihatan andai kita tidak menjaga kesihatan kulit kita agar bebas dari jeragat. Masa usia 30-an, ia mula timbul satu persatu andai kita masih lagi tidak ikut petua kulit bebas jeragat.

Apa petua kulit bebas jeragat?

Pagi ni saya nak kongsikan dengan anda tentang petua kulit bebas jeragat. Bolehla anda ikut satu per satu ye.

  1. Pakai SPF untuk memastikan kulit kita dilindungi dari sinaran uv matahari.

    Tahukah anda yang jika kulit kita tidak ada perlindungan dari matahari, sinaran UVA boleh tembus sehingga ke dalam kulit kita dan merosakkan struktur kulit yang akhirnya akan keluar jeragat. Jeragat adalah kesan dari kerosakan kulit dari dalam, dan ia bukan mudah untuk dipudarkan mahupun dihilangkan. Ia ambil masa tau nak pulih.
    Baca: Youth Shaklee Moisturizer SPF 50 dan BB cream Shaklee
  2. Menggunakan vitamin yang berasaskan polifenol yang tinggi, yang mampu untuk masuk ke dalam sel kulit dan perbaikinya semula. Perkara ini selalu orang kurang faham. Polifenol adalah satu manfaat yang Allah sediakan buat kita gunakan sebaiknya. Yang hebatnya, ia mampu baiki DNA sel kulit kita, sekaligus melindungi DNA sel kulit kita dari rosak. Kan jeragat ni berlaku dek kerana sel kulit kita yang rosak.
    Baca: Vivix dan Resv Shaklee untuk kecantikan kulit

3. Elakkan diri dari exposure kepada cahaya matahari sewaktu matahari sedang memuncak kepanasannya terutamanya jam 10 pagi sehingga 4 petang. Gunakan pelindung dari panas semasa keluar rumah. Dan memang tak boleh lupakan sunscreen ye.

4. Jaga pemakanan dan banyak mengambil makanan yang ada nutrisi yang tinggi.

Buah bagus untuk kita dapatkan nutrisi. Namun sesetengah buah juga miliki gula yang tinggi. Jadi kita perlu elakkan mengambil buah yang tinggi gula ini agar ia dapat bantu berikan kita nutrisi yang cukup dan baik untuk kulit bebas dari jeragat.

5. Amalkan penjagaan kulit yang menyeluruh

Bagaimana nak pastikan kulit kita dijaga secara menyeluruh? Ia adalah dengan cara dari penggunaan pencuci muka untuk buang semua sel kulit mati, toner untuk menyegarkan kulit, sunscreen untuk lindung kulit dari UV A dan UV B, juga krim malam untuk bantu bina sel kulit baru semasa tidur.

Boleh juga gunakan set lengkap penjagaan kulit sekali dengan serum dan penghilang segala cela dan parut di muka. Boleh baca di sini tentang Set Lengkap Youth Shaklee yang merangkumi semua perkara di atas ye.

Di sini saya kongsikan beberapa testimoni mereka yang sudah amalkan Youth dan Vivix Resv Shaklee untuk baiki masalah jeragat pada kulit mereka. Mereka ni guna cara luar dan dalam. Cara luar iaitu dengan skincare. Cara dalam dengan cara pengambilan Polifenol dari Resv dan Vivix serta vitamin C sekali kolagen untuk kulit. Kiranya dua dua cover.


Boleh baca juga di sini tentang petua bebas jeragat yang ditulis oleh kawan saya.

https://www.shakleeloverskaktim.com/2023/06/21/pelbagai-petua-merawat-jeragat/

Untuk dapatkan set jeragat, boleh hubungi saya di sini ye www.wasap.my/60139422527

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *