Kat sini saya kongsikan dengan anda berkenaan dengan 6 rutin amalan gaya hidup sihat.

1. Buang 3 ikatan syaitan kepada kita sejak pagi

Ada pernah saya dengar dari seorang ustaz, apabila kita tidur, syaitan akan ikat kita dengan 3 ikatan. Apabila kita baca doa selepas bangun tidur, kita terlepas dari 1 ikatan syaitan yang nak buat kita malas. Semasa kita ambil wuduk, ikatan kedua akan ditanggalkan. Tengah kita solat Subuh, ikatan ketiga akan terputus. Jadi ini adalah satu amalan yang baik, yang mana ia membantu kita untuk menjadi seornag yang lebih rajin dalam lakukan amalan dan pekerjaan harian.

2. Bangun pagi sebelum Subuh dan mandi.

Ada kajian menunjukkan yang apabila kita bangun pagi dan terus mandi, ia boleh menyihatkan badan kita. Lagi-lagi lah bangun waktu sebelum Subuh. Masa ini adalah masa terbaik untuk kita meminta apa saja dari Sang Pencipta. Juga masa yang sangat tenang untuk bersendirian dan muhasabah diri sendiri. Kita sendiri menjadi seorang yang sangat positif apabila kita amalkannya. Pagi-pagi kita boleh tengok semula apa yang kita sudah rancang untuk lakukan. Dan ia makin membuat semua pekerjaan kita menjadi insyaAllah.

2. Minum air suam selepas bangun tidur

Ada saya pernah terbaca yang apabila kita bangun tidur, terus kita pergi minum air, kita sebenarnya sedang menjaga kesihatan jantung kita.

3. Mulakan hari dengan Al Quran, selawat, doa dan zikir.

Sibuk camne pun kita, pastikan kita mulakan hari dengan Al Quran, selawat, doa dan zikir. InsyaAllah kita jumpa makna kehidupan kita setiap hari. Kita nak keberkatan dan ketenangan dalam hidup kita. Ini faktor untuk kita rasa kita ni hamba dan bergantung dengan Allah. Kita tak bergantung dengan diri sendiri. Kita pun segala urusan kita diuruskan oleh Allah sebab Allah adalah sebaik baik pengatur. Apabila kita libatkan Allah dalam segala urusan kita, insyaAllah buat sikit terus impak tinggi. Allah suka sangat hamba yang begini. Yang kuat sangat pergantungan dan tawakal kepadaNya.

Ada lagi ke?

4. Grounding

Pijak rumput, pijak pasir pantai salah satu grounding. Ia adalah salah satu cara untuk menenangkan jiwa kita. Kita tersangat sibuk dengan gadget dan badan kita ada banyak cas negatif. Yelah kita bekerja dengan gadget seperti handphone dan laptop. Jadi kita nak neutral kan semula badan kita dengan grounding. Kita akan semakin tenang insyaAllah. Kita inilah kita tanam syukur yang tinggi pada Allah.

5. Makan vitamin dan polifenol supliment

Setiap hari kita makan macam-macam makanan yang tak sihat secara nutrisinya. Ada yang terlebih kolestrol. Ada yang kita makan tu buat keradangan berlaku dan bertambah teruk seperti kita makan kek, air manis. Ada kalanya kita makan makanan yang ada perisa dan pewarna. Ia menyebabkan radikal bebas berlaku dalam badan kita. Banyak lagi lah yang lain. Tu baru bab makan.

Belum lagi bab pencuci bahan kimia yang sangat kuat baunya. Bab asap kereta, asap rokok dan stres yang kita hadapi setiap hari. Jadi, vitamin dan polifenol macam dari Vivix dan Resv sangat diperlukan.

6. Lakukan self affirmation dan self talk to Allah

Saya suka kongsikan hal ini kerana dengan buat ini, saya sendiri merasakan saya sangat gembira dan saya ada harapan untuk capai semua impian saya. Selalunya waktu pagi saya akan sebut yang baik-baik pada diri sendiri, sambil saya bersyukur dengan segala yang telah Allah berikan kepada saya. Jadi, apabila saya hadapi apa saja cabaran, saya akan bercakap dengan Allah, lebih dari bercakap dengan suami dan orang lain. Selalunya saya akan bagitau Allah dulu apa saja yang saya risaukan, apa yang saya sedihkan dan mahukan serta yang sedang saya usahakan. Saya minta dengan Allah dulu sebelum saya minta suami doakan.

Boleh juga baca di sini perkongsian dari teman saya.

Jika nak Shaklee, hubungi saya ye.
www.wasap.my/60139422527

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *