Saya dilahirkan dalam keluarga yang tak makan pun suplimen. Masa kecil, mak saya bagi saya dan adik-adik makan cecair Scot Emulsion. Sampai termuntah kami bau ikan yang sangat busuk masa tu. Saya tau iklan dalam tv. Dan kini saya faham kenapa mak saya bagi tu. Sebab untuk anak-anak mak jadi bijak dan cerdik. MasyaAllah. Walau mak dan ayah ada duit cukup-cukup makan saja untuk kami 10 beranak setiap bulan, mak dan ayah tetap mahu berikan yang terbaik buat kami. Terharunya rasa.

Kini, bila saya dah dewasa, saya tahu, betapa bergunanya suplimen untuk diri sendiri, anak-anak, suami dan ibu bapa. Ini antara asbab saya bekerja keras membina pendapatan melalui Shaklee kerana saya nak kami semua boleh makan Shaklee. Kenapa macam ni sekali ye?

Ini sebab zaman sekarang ni kita makan hanya untuk kenyang, bukan betul betul untuk sihat. Banyak makanan tak berkualiti sekarang ni. Ada macam macam perisa dan pewarna tiruan. Gaya masak pun banyak yang hilangkan khasiat makanan yang mungkin sehingga tinggal 5% saja khasiat.

Nutrien dari tumbuhan boleh hilang sampai 50% selepas dipetik. Contoh kita ambil adalah buah strawberi di Cameron Highlands. Kemudian ia dibawa turun ke bawah dalam lori yang sudah berubah suhunya. Buah itu di packing dan diletakkan di Giant sebagai contoh. Berapa lama agak nya ia berada di situ sehingga kita beli. Bila beli, berapa lama pula kita simpan dalam peti ais untuk dihabiskan?


Sebab tu adik saya pernah kata pada saya yang beli banyak buah strawberi dari Cameron Highlands, yang bila sampai ke rumah saya di Terengganu pun (belum sampai Kelantan lagi sebab dia tinggal di Kelantan), buah dah banyak jadi tak elok dan berubah rasa.

“Tadi kat Cameron rasa manis je buah ni. Sekarang dah masam lah. Baru berapa jam je.” Haa nampak? Begitulah berlaku akibat berkurangnya nutrisi di dalam buah strawberi ini. Dan ini lah yang kita makan setiap hari. Kiranya selepas kita masak pun (contoh ikan, mana ada kita makan dalam keadaan mentah), protin dari ikan ini berkurang selepas dimasak. Jadi, untuk cukupkan protin itu, kita perlu makan lebih banyak ikan. Soalnya adalah berapa banyak ikan atau lauk protin lain kita mampu untuk cukupkan keperluan protin untuk badan kita setiap hari? Sebab tu lah ESP dan Cinch shake dari Shaklee menjadi pilihan saya untuk cukupkan keperluan protin untuk badan saya.

Tu salah satu contoh lah. Suplimen terbaik pilihan saya yang lain adalah vitamin c. Sebiji vitamin c Shaklee bersamaan dengan vitamin c dalam 7 biji setengah buah oren. Ia juga dah melengkapi 500ng vitamin c. Kalau nak kulit cantik, dan imun sistem tinggi, disarankan ambil 2000mg vitamin c setiap hari. Kiranya kalau camtu, nak makan 30 biji buah oren demi 2000 mg vitamin c ni? Boleh cirit birit jadinya haha. Sebab tu option yang mudah adalah saya ambil saja 4 biji vitamin c setiap hari. 2 biji pagi dan 2 biji malam, selesai. Hidup dah maju, tak perlu susah susah macam zaman kuno dulu lah ye untuk penuhi nutrisi kita.

Yang penting, pilih Shaklee sebab bebas dari 2500 bahan kimia. Ini lah sebab yang sangat kuat buat saya kekal dengan Shaklee sampai sekarang walau orang rasa sama je Shaklee dengan jenama lain. Tidak sama ok. Orang yang bijak pandai menilai.

Saya juga sukakan vitamin b compleks Shaklee kerana ia bantu saya menjadi ibu beranak 5 yang lebih tenang jalani hari-hari. Saya juga seorang bisnes builder. Banyak idea saya perlu cari dan olah untuk kebaikan team saya. Saya juga kena cergas sebagai isteri dan ibu di rumah. Nak ajar anak anak buat kerja sekolah. Tak mudah tau subjek diorang sekarang walau baru darjah 5. Sifir 48 pun ada tau. Bukan takat sifir 12 sekarang ni.

Saya juga kena jadi ibu yang pandai urus emosi sendiri dan anak-anak. Sebab tu vitamin b-compleks sangat penting buat saya lah. Ia juga vitamin untuk cantik walau harga dia murah. Vitamin banyakkan susu saya juga tau sebab bila tenang, ia akan banyakkan susu kita. Mudah susu ibu mengalir untuk bayi. Anak pun jadi bijak bila ibu selalu ambil b compleks, lagi-lagilah dari Shaklee yang memang ada kajian dari saintis.

Saya ni dah hampir 40 tahun. Sudah pasti nak badan yang kekal kurus dan kulit yang cantik. Jadi saya suka ambil set Hello New You dan set Youth beserta Vivix, Resv dan kolagen. Fall in love sangat lah. Ada saya kongsikan di post ini tentang Hello New You set yang bantu saya kekal awet muda.

Korang tau tak? Faktor rambut kita cepat gugur adalah kita kurang kolagen. Sebab tulah kolagen ni saya wajibkan setiap hari agar rambut saya tak gugur. Yelah, kalau nak kurus kan kita selalu amal intermittent fasting. Antara kesan buruk intermittent fasting 17 jam ke atas adalah ia kurangkan kolagen type 1 sehingga 90%. Seram gilerrr rasa. Ada saya kongsikan di sini. Jadi, nak tak nak, kena topup dengan Kolagen juga walau dah ambil Vivix dan Resv. Kesan dia, saya suka sangat lah. Sungguhh.

Aih, saya ni macam suka semua je dalam Shaklee. Haha. Ye, itu lah hakikat dia. Satu per satu vitamin Shaklee, bermula dengan vitamin menyusu, vitamin kurus, vitamin antioksida, vitamin awet muda, Youth skincare, daily house usage macam Basic H, Fresh laundry, Dish wash, softener, set detoks, masyaAllah. Semualah saya suka dalam Shaklee. Saya tulis ni pun saya excited sangat. Laju je saya tulis sebab saya sungguh excited.

Ada orang, dia sayang duit untuk beli suplimen terbaik ni. Jadi dia beli jelah yang murah murah tapi tak berkualiti, yang ada side effect jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Padahal dia tak sedar, dalam nak berjimat, diri sendiri sakit, anak anak sakit, keluarga sakit. Sebab apa? Sebab bila nak pilih suplimen, jangan tengok harga saja. Tapi kena bijak mengira. Ini cara saya kira. Saya bagi contoh tau.

Vitamin Shaklee ada 180 biji. Harga ahli RM92. Harga runcit RM115. Beza RM23. Lebih baik jadi ahli, just add on RM12 boleh dapat jadi ahli terus seumur hidup. Sekali je join, dan pastikan membership hidup. Ok back to kiraan tadi. Jadi vitamin c sebiji harga 51 sen. Ada 500mg dalam ni. Ada vitamin c macam 7 biji setengah buah oren. Yang mana 6 biji pun sekarang kat kedai harga RM10 lebih. Shaklee pula guna bahan semula jadi, alah dari jagung jugak ni, bukan dari bahan dalam makmal. Kiranya tumbuhan. Jadi vitamin c 51 sen ni menang lah banding dengan buah oren. Tapi dengan jenama lain menang tak? Tetap menang. Sebab ada jenama yang vitamin c nya ada gula tinggi (Shaklee vitamin c bebas gula), harga RM30, tapi ada 30 biji di dalamnya. Vitamin c dia pun tak sampai 500 mg. Teknologi sustain release pun takde. Harga jatuh RM1 sebijik. Hampir 2 kali ganda dari harga vitamin c Shaklee. Ini lah cara kita boleh bandingkan supaya kita memilih suplimen dengan bijak. Suplimen semuanya tak sama tau. Nampak sama, tapi tidak. Sebab tu kena bijak dan jangan kena tipu.

Oleh sebab ini lah saya memilih Shaklee sebagai suplimen terbaik buat saya, suami, anak anak dan ibu bapa saya. Kami tak mau bazirkan duit pada suplimen yang ada janji manis saja, tapi tin kosong. Suplimen ni bukan macam baju. Baju bolehlah kita beli di pasar malam pun. Tapi tidak suplimen. Dan kita kena tahu yang orang kata mahal tu semuanya belum tentu bagus. Kena bandingkan dulu. Kena perhatikan dulu kualitinya berbanding Shaklee. Begitu juga kalau orang kata mahal, tak semestinya mahal. Sebab orang selalu kata Shaklee mahal, padahal murah. Vitamin c 51 sen mahal? Banding vitamin c RM1 tadi yang mana mahal? Kualiti pun yang mana lagi bagus? Fikir fikirkan.

Jika anda nak cuba Shaklee, boleh hubungi saya terus di sini.

www.wasap.my/60139422527

Kalau nak dapatkan harga 25% kurang berbanding harga runcit, boleh register sebagai ahli Shaklee di sini.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816

Sekarang Shaklee ada buat promosi hebat untuk Vitamin c + ESP dengan harga RM99 saja. Ambil 2 set lagii murah. RM188 je. Free postage dan free membership. Boleh baca di sini tentang set promo giler ni.

Masa ni lah waktu terbaik untuk beli sebab harga murah giler. Kita nak murah dan tinggi kualiti. Itulah Shaklee. Harga ahli pun cun dah sebab murah bila join sebagai ahli. Ni promo pulak, lagilah murah!

Klik link di atas untuk terus register sebagai ahli dan boleh hubungi saya untuk pembelian atau direct order dari sistem Shaklee selepas register sebagai ahli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *