Bila sembang pasal part time job ni kan, memang satu perkara yang sangat mengasyikkan lah sebab ia boleh bantu mendatangkan duit buat kita. Zaman sekarang ni, semuanya duit. Duk dalam rumah pun duit boleh keluar. Betul kan?

Apa taknya? Elektrik kita guna, air kita pakai, semua pun nak kena bayar. Internet kita online. Bukannya percuma. Semua tu guna duit lah nak bayar. Jadi memang patutlah orang pakat duk cari part time job sekarang ni untuk tampung macam-macam keperluan diri.

Sebenarnya, peluang ada saja di mana-mana pun. Kita nak ambil peluang atau tidak saja sebenarnya. Contohnya jual air, jual makanan, jual produk. Namun kita pun kena tengok dengan kesesuaian masa yang kita ada lah kan. Juga kepandaian kita. Kalau saya ni, nak suruh jual makanan, memang saya mengalah awal-awal lah. Sebab saya masak pun selalu untuk keluarga saja. Nak jual? Fuh, tak minat. Banyak betul kerja nak buat. Tapi ramai je orang minat menjual makanan walau lelah kan? Begitulah. Setiap orang Allah jadikan kita ni unik.

Begitu juga dengan part time job mobile spa. Tak semua orang minat nak buat part time job ni. Tapi jika faham kenapa ia sangat best, kita akan membina minat tu. Saya dulu pun tak minat dengan part time job mobile spa ni tau. Tapi selepas saya memahami, wahhh! Ini peluang buat duit dengan banyak ni. Jadi rugilah andai saya lepaskan peluang. Mari saya kongsikan ye.

Setakat ini, sudah hampir RM1000 part time job saya buat untuk mobile spa ini walau baru 7 kali saya buat servis. Masyuk jugak kan? Ok mari saya cerita kenapa anda pun perlu buat part time job spa ni.

  1. Masanya yang sangat fleksible. Saya sukakannya. Bila customer book, saya akan cek jadual saya. Saya sesuaikan juga dengan jadual saya. Andai tak dapat time tu, kita sesuaikan waktu kedua duanya available
  2. Fokus buat servis part time job spa ni sejam, saya dah dapat RM120-RM200. Ikut pakej customer saya ambil yang mana. Biasanya customer saya ambil servis yang RM200 punya. Kalau yang 20 minit, dalam RM50 macam tu servis yang minimum.
  3. Tak perlu berpanas-panas sebab part time job spa ni saya buat indoor.
  4. Duit masuk selagi kita rajin promotkan servis part time job spa kita.
  5. Andai tak pandai mula-mula, kita boleh belajar latih jari sehingga pandai. Itulah saya buat setiap minggu.
  6. Part time job spa ni mudah. Kita boleh buat sendiri servis. Kita juga boleh ajar orang lain buat servis juga. Dua-dua ni kita dapat income.
  7. Tak perlu sewa kedai pun. Tak perlu ambil staff. 100% masuk poket kita.

7 sebab ini membuatkan saya terus komited untuk terus berkongsi tentang part time job mobile spa ini. Setakat saya buat ni adalah home spa. Customer saya datang ke rumah saya. Customer saya lebih berminat datang ke rumah berbanding saya ke rumah mereka. Jadi, lagi senang untuk saya kalau begitu kan?

Dengan part time job spa ni, saya matlamatkan untuk tambah kan lagi cash reserve saya. Banyak lagi impian yang saya nak capai di dunia ni, yang semuanya perlukan duit. Jadi saya ambil peluang melului part time job mobile spa ini.

Kalau anda, anda minat nak buat part time job mobile spa? Siang mahupun malam, kita boleh buat part time job ni, tanpa keluarkan duit kita tau. Tanpa sewa kedai. Tu yang paling best lah.

Anda nak cuba servis part time job mobile spa dengan saya? Saya cover area Kemaman dan Kertih, Terengganu. Jika anda nak cuba di tempat lain pun boleh. Ada team saya di seluruh Malaysia yang buat part time job mobile spa ni juga.

Ke anda pun minat nak jadi beautician Spa? Boleh hubungi saya ye untuk kedua-dua hal di atas. Saya bantu.

Kat sini saya kongsikan penulisan kawan saya tentang part time job mobile spa ini jugak. Jemput baca ye.

Nur Zahirah,

BOTG Beautician,

Www.wasap.my/60139422527/BOTG

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline

16 thoughts on “Part Time Job Mobile Spa”
  1. Yess bisness Mobile Spa ni fun , enjoy sgt.. dlm masa yg sama income pun masyuk. Hehe

  2. Bestt buat mobile spa sebab ikut timing kita😁 Lepas tu sejam dah boleh dapat rm100!

  3. Zaman sekarang orang perempuan malas nak keluar rumah p spa. So demand memang tinggi yang nak buat spa kat rumah sendiri. Mobile spa memang the best part time job setakat ni. Sape yang buat income memang masyukkkk!

  4. Wah.. sesuai sangat biz home spa dengan stay at home moms macam ni… customer nak spa, datang je ke rumah… tak yah susah2 kita drive ke rumah customer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *