Anda sebagai surirumah dan rasa perlukan duit sendiri? Saya kini pun, sebagai surirumah. Saya tak pernah rasa menyesal menjadi surirumah setelah resign dari Petronas sejak 10 tahun lalu sebagai seorang jurutera. Kenapa ye? Sebab saya sebenarnya masih bekerja, cuma tempat kerja saya sekarang di rumah.

Selepas berhenti kerja dari Petronas, saya kekal membuat bisnes dari rumah sebagaimana sebelum resign. Cuma kini ia menjadi fulltime bisnes. Oleh sebab itulah, minda saya sentiasa terbuka dan tidak pernah merasakan diri sendiri sebagai surirumah semata mata, tapi surirumah yang bergaji. Hari ni saya nak kongsikan dengan anda tentang satu bisnes ideal surirumah, iaitu part time job mobile spa.

Saya tahu, kita sebagai ibu memang banyak tanggungjawab yang digalas. Tugas di rumah pun bukan main banyak kan? Dan pada masa yang sama kita perlukan duit juga untuk kita guna buat diri sendiri nak bercantik-cantik, berlawa lawa, bebas nak beli barang yang kita mahu, nak juga kereta atas nama sendiri, rumah pun begitu, nak atas nama kita agar kita secure.

Ini bukan bererti jika kita mahu mencari duit sendiri tu, tandanya kita mendoakan yang tidak baik bakal berlaku dalam hidup kita. Bukan. Ini kerana kita mahu ada kepastian dan kepuasan diri sendiri. Jadi kita rasa kita berbaloi untuk diri kita. Kita dapat rasa duit dari tangan sendiri. Begitulah. Bukan nak menidakkan nafkah dari suami. Cuma kita ni bila ada duit sendiri walau sebagai surirumah, kita jadi seorang yang makin berkeyakinan diri. Tak perlu bergantung sepenuhnya kepada suami dalam hal kewangan, malah boleh membantunya juga.

Dan bisnes ideal untuk surirumah, salah satunya adalah mobile dan home spa. Kenapa saya katakan begitu?

  1. Ia mengikut jadual kita. Bila kita nak buat servis mobile spa mahupun home spa ini. Jadi tak kacau kita yang ada anak kecil mahupun anak yang bersekolah
  2. Tak perlukan modal yang besar. Hanya RM850-RM1999 aje dah boleh setup mobile spa bisnes sendiri
  3. Tak perlu sewa kedai pun. Hanya buat di rumah sendiri mahupun di rumah customer. Nama pun mobile spa kan?
  4. Boleh buat duit hari-hari. Ikut masa kita. Kalau rajin, lebih banyak kita boleh dapat duit. Masa untuk kita buat servis spa pun dalam 20 minit ke sejam saja. Tak lama tinggal anak pada suami atau pusat jagaan.
  5. Jika anak boleh berdikari, boleh duduk diam-diam, kita boleh je minta izin customer untuk bawa anak kita sekali jika tiada pengasuh waktu itu.

Ini 5 sebab Mobile Spa atau Home spa ini sangat ideal untuk surirumah yang saya sudah rasakan nikmat dia. Malah kini, saya ada beberapa orang beautician spa di Selangor dan KL under saya. Wahh! Walau pun saya berada di Terengganu, dengan BOTG ni, saya boleh bina beautician lain yang ada minat nak tambah duit untuk ekonomi keluarga mereka.

Anda surirumah? Ada impian? Nak pegang duit sendiri walau di rumah?

Boleh hubungi saya ye untuk anda pun ada ideal bisnes untuk surirumah. Dengan cara ini, anda pun akan sangat gembira bila bertemu orang lain. Nanti bole juga jumpa circle Beautician kita yang lain kerana kami suka buat event dan travel sama-sama juga. Jadi takdelah anda di rumah saja dengan anak anak. Ada lifestyle macam orang bekerjaya juga nanti. Apa apa, hubungi saya ye. Saya bantu, insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *