14 tahun lalu, saya mencuba produk Shaklee dengan set menyusu melalui upline saya sekarang ni dengan tujuan untuk banyakkan susu saya untuk anak sulong saya, Aiman yang kini sudah berumur 14 tahun. Aiman ni sangat banyak minum susu sehingga sekejap aje stok susu saya habis. Lagipun salah saya juga kerana lambat pam susu. Faktor nak angkut susu dari Kelantan ke Sarawak sebenarnya yang menakutkan saya. Kalau stok banyak sangat, camne nanti kan? Sebab saya balik berpantang 2 bulan di Kelantan. Jadi saya takde jalan lain melainkan tambahkan susu saya buat Aiman kerana sejak awal lagi saya memang nekad mahu susukan semua anak saya dengan susu saya sahaja sehingga usia 2 tahun. Ini kerana untuk kesihatan anak anak saya. Walau saya susah pun tak apa, asalkan anak saya sihat. Itu mindset saya sebelum berkahwin lagi.

Namun Allah uji saya dengan tak de banyak mana susu saya. Saya mencari jalan, bertanya pada kawan kawan. Dan alhamdulillah, rupanya jawapan dia ada pada set menyusu Shaklee yang saya sudah beli tapi tidak gunakan sebelum tu kerana saya bukan suka sangat nak makan suplimen ni.

Tapi disebabkan anak, saya yang tak biasa dengan suplimen, mula berjinak – jinak dengan suplimen, asalkan ia selamat buat saya dan anak. Asalkan boleh beri saya capai target saya untuk banyakkan susu badan saya untuk anak saya. Yelah, nak kena sediakan stok 25 oz susu setiap hari untuk Aiman. Fuhhh.

Alhamdulillah, tengok badan dia memang berisi lah. Mana taknya, pam susu hari ni, esoknya guna untuk dia. Hari minggu pun kena pam susu juga, kalau tak stok susu tak cukup. Ini lah masa untuk tambah lagi stok susu agar boleh digunakan untuk selang 2 hari ke. Tenang sikit rasa. Bila nak travel jauh pun akibat kerja outstation, memang saya tak miss pam susu. Itulah manisnya ingat kenangan mengepam susu dulu untuk Aiman. Asbab Aiman lah saya kenal Shaklee. Syukur sangat, rupanya ia rezeki yang besar untuk kami sekeluarga apabila Shaklee ni bukan saja untuk makan, tapi juga untuk bisnes.

Setelah saya join Shaklee, saya memang terus buat bisnes Shaklee sungguh-sungguh kerana saya sudah tahu Shaklee adalah jalan untuk saya jana pendapatan. Rupanya bestnya Shaklee! Seronok tak terkata saya buat bisnes Shaklee ni sebagai part time bisnes saya pada mulanya.

Pada awalnya, saya buat bisnes Shaklee ni kerana saya mahu tambah pendapatan saya untuk berikan pada mak dan ayah saya kerana saya mampu berikan hanya RM200 sebulan sedangkan saya adalah seorang Petronas Engineer pada waktu itu. Itulah realiti kehidupan.

Dah berkahwin, Jadi kewangan hanya cukup-cukup makan saja di bandaraya Miri ketika itu. Sewa rumah pun mahal. Banyak kos yang perlu diambil peduli termasuklah pengasuh anak. Jadi jalannya adalah saya mencari satu bisnes untuk saya jadikan sebagai part time bisnes.

Banyak bisnes yang saya cuba. Antaranya jual serunding Kelantan, jual baju kurung, jual kerongsang, jual keropok keping yang digoreng. Tapi semuanya tak kena dengan jiwa saya. Duit modal entah ke mana. Baju kurung pun saya pakai untuk diri sendiri sahaja kerana saya malu untuk berbisnes. Saya malu orang kata saya takde duit. Padahal memang duit tak cukup. Haha. Saya malu takut orang kata “Engineer pun duit takde ke?”.

Banyak hal peribadi yang saya tak dapat tunaikan ketika itu. Ye, saya makan Shaklee sebab saya sedang susukan anak. Rupanya di Shaklee ni lah peluang membuat bisnes. Kita guna, kemudian kita kongsikan dengan orang tentang Shaklee effect, yang akhirnya kita membina bisnes. Rupanya semudah itu untuk bermula.

Dari sini, saya nekad. Saya kongsikan seikhlas mungkin tentang set penyusuan Shaklee terutamanya kerana saya gunakan set ini. Ramai yang join saya pun ibu yang menyusu. Betul, saya ada juga jual set lain, tapi kebanyakan sales saya ketika itu adalah set penyusuan 6 jenis vitamin. Memang saya jual dalam bentuk set. Jarang sangat customer saya nak beli satu-satu.

Rupanya, asbab set penyusuan ini, saya berjaya membina bisnes Shaklee dari kalangan ibu yang menyusu samada mereka bekerjaya mahupun surirumah. Dan kalau nak tahu, kebanyakan customer saya datang dari blog saya ini lah. MasyaAllah. The power of blog. Kerana saya seorang yang sibuk. Bila begitu, sekali saya tulis di blog, saya boleh kongsikan merata rata, termasuk lah bila customer saya tanya apa apa, saya jelaskan sejelas jelasnya di blog saya ini.

Anda boleh lihat cara saya menulis dulu bagaimana. Betapa naifnya saya hehe. Tapi saya terus menulis setiap hari tanpa rasa kecil diri, dan saya terus membina organisasi saya dengan orang yang saya tidak kenali melalui blog. Betapa bestnya bisnes Shaklee ini.

Dan saya tak sangka, walau dah masuk tahun ke 12 saya berbisnes Shaklee dan 14 tahun saya menjadi pengguna Shaklee, sampai sekarang saya juga kekal bersemangat untuk membina bisnes. Tentang kewangan, tidak dirisau pun sekarang kerana ia berjalan dengan sangat hebat. Malah, saya tidak pernah menyesal buat bisnes Shaklee ini sehingga mampu mencapai impian saya untuk menjadi ibu yang bekerja dari rumah dengan hasil pendapatan lumayan setiap bulan.

Saya kongsikan ini bukan untuk menunjuk-nunjuk. Cuma inilah cara untuk membantu mereka yang mahu membina bisnes juga, iaitu dengan berkongsi. Jika upline saya dulu tak kongsi info ini dengan saya pun, saya tidak tahu, dan mungkin saya tidak akan bertemu dengan bisnes Shaklee andai dia sorok-sorok tentang berapa Shaklee boleh beri kepada Shaklee business builder kan? Mungkin saya masih menjual keropok keping di pejabat. Hehe. Mungkin saya masih dalam keadaan sangat tertekan sekarang. Tapi asbab upline saya kongsikan tentang peluang dalam bisnes Shaklee inilah, saya berada di sini hari ini.

Boleh baca kat sini juga tentang bestnya bisnes Shaklee ni.

Anda juga boleh tengok video youtube saya kongsikan tentang Kenapa saya jatuh cinta dengan Shaklee di sini ye.

Stay tune dengan sharing saya ye. Siapa yang belum join Shaklee, dan anda nak join Shaklee untuk membina income tambahan, boleh register dengan saya di sini.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816

Nak hubungi saya, boleh terus ke wasap ini ye untuk tanyakan tentang vitamin apa apa. Saya sedia membantu insyaAllah. Sama sama kita menjadi wanita yang berduit walau siapa pun kita. Kerana peluang dalam Shaklee ni cukup luas. Dan kita tidak perlukan modal duit yang banyak pun. Hanya modal kan diri sendiri dan masa kita sahaja.
www.wasap.my/60139422527


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *