Hari ni saya nak kongsikan dengan anda tentang tips kurus dengan cepat, gaya sihat. Takde guna kurus cepat tapi memudaratkan diri kita kan?

Kalau boleh, nak kurus tu secepat mungkin kan? Tak sabar sabar betul. Yelah, tu impian semua orang. Tapi secepat mana boleh kurus tu berbeza bagi setiap orang. Cuma, pasti ada tips kurus dengan cepat. Kita nak ikut atau tak aje tu.

  1. Minum air kosong

Air kosong mengandungi kosong kalori. Kita minum berapa banyak air kosong pun, tidak ada langsung kalori yang akan masuk ke dalam badan kita. Lagipun ia jimat dan sihat. Cuma tak hipster lah kan. Kita boleh buat ia menarik dengan cara:

  1. Letakkan di dalam bekas air yang cantik, yang boleh buat kita suka nak minum air kosong
  2. Kira berapa liter air kosong kita perlu minum setiap hari. Dengan itu, kita fokus untuk habiskan jumlahnya dengan cepat. Bila mampu habiskan, itu satu kejayaan buat kita kan?
  3. Buat jadual selalu minum air kosong setiap jam.


2. Ambil karbohidrat kompleks berbanding karbohidrat ringkas.

Contoh karbohidrat kompleks adalah nasi. Contoh karbohidrat ringkas adalah roti. Jadi pilihlah nasi berbanding roti. Dan amalkan nasi yang rendah glisemik indeks. Iaitu dengan cara masak dengan santan atau minyak kelapa dara.


3. Lebihkan makan sayuran hijau

Sayuran hijau mengandungi kalori yang rendah, namun miliki tinggi nutrien. Pastikan ia bebas dari bahan kimia merbahaya ye. Kena cuci dulu sayur tu elok elok, agar bebas dari racun perosak. Kita tak nak lah makan sayur untuk kurus, tapi tak sihat sebab racun perosak pulak. Aduhai.
> Boleh baca kat sini tentang bagaimana bersihkan sayur dari racun perosak.

4. Rutinkan diri dengan aktiviti yang banyak bergerak

Kalau nak kata bersenam, mungkin ada yang rasa malas. Jadi option yang ada adalah buat kerja yang banyak bergerak. Contoh: Perlu ke sana sini naik lift. Jadi option yang diambil adalah gunakan tangga untuk naik dan turun. Option lain juga, letakkan kereta di tempat parking yang lebih jauh. Boleh jadikan sebagai brisk walk tu pagi pagi. Lagi lagi kalau terlambat sudah. Mesti laju je berjalan kan? Hehe.

5. Makan dengan cara suku suku separuh

Yang ini memang perlukan kekuatan mental dan emosi sungguh, terutamanya bahagian nasi. Cara masak nasi di rumah, boleh guna cara yang saya kongsikan di sini. Tapi kalau di kedai makan? Jadi option suku saja nasi dari pinggan kita main peranan besar. Letakkan sayur, ulam dan lauk pauk dulu, baru letakkan nasi yang terakhir. Boleh cuba ye. Insyaallah berkesan sebab pinggan dah penuh dengan sayur dan lauk (protin)

6. Ambil protin dan lemak baik lebih berbanding karbohidrat

Karbohidrat adalah yang paling tinggi dan cepat melepaskan gula ke dalam darah kita. Bila kita ambil banyak karbohidrat, pankreas akan bekerja lebih kuat dari biasa kerana nak merembeskan insulin ke dalam darah dengan tujuan merendahkan gula dalam darah kita dengan cara menukarkan gula (makanan karbohidrat tadi) kepada tenaga.

Bila begitu, insulin reseptor akan alami kecelaruan di mana ia tidak boleh berfungsi dengan baik apabila terlalu banyak gula dari karbohidrat tu hadir dalam darah kita. Sebab itulah, makanan kita makan tu tidak membantu kita untuk bertenaga, tapi makin buat kita mengantuk dan letih, malah membesar kerana gula tadi diletakkan ke dalam sel lemak. Sel lemak membesar, sebab tu kita jadi gemuk. Ini berlaku apabila gula sudah tidak lagi mampu ditukarkan kepada tenaga akibat masalah insulin tadi.


Apabila kita ambil protin atau lemak baik, mereka berdua ni tidak melepaskan gula yang tinggi ke dalam darah kita. Jadi ia tidak akibatkan insulin alami masalah untuk tukarkan protin dan lemak tadi kepada tenaga. Oleh sebab itu, siapa yang kurangkan pengambilan karbohidrat, tapi tingkatkan protin dan lemak baik dalam diet hariannya, mereka ni akan cepat kurus, malah gaya sihat.
> Baca di sini tentang apa itu lemak baik.
> Baca di sini tentang apa itu protin yang bagus untuk kurus.

7. Berpuasa sehingga alami autophagy

Autophagy adalah proses di mana sel kita akan makan segala barang buangannya sendiri. Ia menyebabkan badan kita akan alami pembentukan sel yang baru, juga proses pembersihan sel yang sangat bagus untuk kesihatan kita. Cuma ia akan berlaku di kala kita berpuasa 17 jam ke atas jika kita buat intermittent fasting (wet fasting). Andai kita berpuasa (dry fasting), autophagy akan berlaku 3 kali ganda lebih cepat. Dan bila ambil Vivix Shaklee, ia akan bantu kuruskan badan kita dengan lebih cepat kerana kandungan bahan dalam Vivix ni bantu potong salur darah dari sel lemak. Jadi cepat kuruskan badan, malah dengan gaya sihat.
> Boleh baca dengan lebih lanjut di sini tentang bagaimana Vivix bantu buat anda jadi cepat kurus

>Boleh baca di sini tentang vitamin untuk kurus dengan cepat, gaya sihat

So apa tunggu lagi? Nak order? Wasap nombor di bawah ye. Klik nombor ini

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. 

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816

Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu. 

 Join kami ye. Register di sini https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816 

Best Regards, 

Nur Zahirah 

SID 846816 

No tel: 0139422527 

Your trusted Shaklee Independent Distributor Shaklee Business Leader and Master Coordinator

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #NextlevelBlogging #SetKurusShaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *