Raya tahun ni, kami ada tambahan ahli keluarga yang sekian lama kami tunggu, iaitu Muhammad Hafiz Umar. Jarak antara Umar dan Hazim adalah selama 7 tahun. Kami ingatkan Hazim adalah yang bongsu. Tapi Allah tetapkan kami ada 5 orang anak, termasuk Umar rupanya. Anak yang ke 6, Muhammad Hafizullah, dah jadi ahli syurga. Tinggallah 5 anak kami yang masih hidup di dunia ni. Alhamdulillah.

Umar dah masuk 7 bulan setengah di hari raya tahun 2023 ni. Dia raikan hari raya Aidilfitri yang pertama. Tapi masih tak boleh makan biskut raya, air manis. Hanya puri buah dan ketupat tu pun rasa sikit sikit saja. Berat Umar sekarang ni dah 9 kilo gamaknya. Hari tu masa 6 bulan dah 8 kilo lebih.

Ini saya kongsikan gambar hari raya kami sekeluarga

Ni kami sekeluarga bergambar hari raya dengan keluarga adik. Ni baru keluarga dari 3 dari 8 anak mak ayah. Bayangkan kalau semua berkumpul camne lah kan?

Ni pula ada satu family lagi anak lelaki mak, anak ke 7. Baru keluarga dari 4 anak berbanding 8 orang. Selepas bersalam salaman, bermaaf maafan, kami pergi ke rumah adik ke 4, seorang jururawat di HUSM. Dia hidang soto ayam. Sedap sungguh.

Owh ye, di rumah mak, kami masak nasi minyak dengan kerutuk ayam dan rendang ayam. Ada juga lah ketupat, tapai dan biskut raya

Haa nilah menu kami di pagi raya kat rumah mak ayah. Ni anak dara 2 orang sejam tengok youtube sambil belit shawl. Haha. Ibu diorang memang tak kuasa lah.

Kita ambik selfie je dengan anak anak tuan rumah. Tuan rumah super sibuk sampai tak ingat nak selfie. Sampai rumah mak sedara baru ada gambar tuan rumah. Ni dia kat bawah ni. 😆

Zaman sekarang ni, kita ambiklah gambar banyak banyak sebelum kehilangan sesiapa. Kerana bila dah meninggal sesiapa antara kita, baru kita akan rasa sangat kesal dan sedih kenapa lah kita tak rekod gambar dan video mereka kan? Nak cari kat mana lagi gambar mereka. Nak dengar dari mana lagi suara mereka andai kita tak mau rekod dan simpan gambar elok elok. Tujuan saya menulis di sini pun untuk mudah dicari di hari depan.

Selepas ke rumah Cikma, kami ke rumah Cik Jan di Pasir Puteh. Ni geng pandai masak. Kami dihidang nasi kerabu. Soto dan nasi kerabu, bagi saya lah, leceh nya nak masak. Fuhhh. Tapi diorang 2 beradik ni buat. Saya tumpang makan lah. Tak sanggup nak buat sendiri setakat ini haha.

Bergambar bersama keluarga mertua Cik Jan. Kami teruskan perjalanan ke Gong Kulim,Pasir Puteh, rumah kakak sulong ayah.

Kakak ayah ni dah lumpuh. Ini lah satu satunya kakak yang tinggal. Kakak ayah sorang lagi dah meninggal. Abang ayah pun dah meninggal berpuluh tahun lalu. Alfatihah buat arwah Ayah Ngah dan Mok Joh. Semoga sentiasa bersama orang soleh di alam barzakh. Amin.

Sebab tu lah, sedaya upaya di kala kita masih ada bersama, kita gunakan masa sebaiknya sebelum ada yang meninggal dunia.

Itulah hari pertama kami. Hari kedua pula kami didatangi keluarga cina belah mak. First time sebenarnya diorang datang ke rumah kami.

Inilah keluarga kami. Walau berbeza agama, kami cuba sedaya upaya untuk saling jalinkan silaturahim. Semoga ikatan sentiasa bertaut mesra insyaAllah.



Berakhirlah hari raya kedua kami. Pada hari raya ketiga, kami balik ke Alor Star pula. Bukan main semangat suami mengemas kain baju. Siap tolong lipatkan baju lagi sebab takut esoknya balik lambat ke kampungnya haha. Rindu sungguh kat kampung halaman dia lah tu.

Pagi pagi lagi dalam jam 8.46 pagi kami bertolak ke Alor Star. Plan nak sertai open house di rumah Maksu di Sungai Petani. Alhamdulillah jam 3.20

petang sampai di rumah Maksu.

Umar pun letih betul berhari raya. Setakat inilah sharing kami sehingga raya ketiga. First time Umar berhari raya. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Boleh baca juga tentang hari raya open house dari teman saya ni.

Kalau nak Shaklee atau join Shaklee, hubungi saya di bawah ye.
www.wasap.my/60139422527

Kalau terus nak jadi ahli Shaklee untuk jimat sehingga 25%, boleh klik link ni ye.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *