Bisnes Online Shaklee jadi pilihan rakyat Malaysia

Hari ni saya nak kongsikan tentang 10 Sebab Kenapa Bisnes Online Shaklee Terbaik di Malaysia. Saya nak kongsi pengalaman saya yang dah masuk tahun ke 12 berbisnes Shaklee secara online dengan serius ni ye.

Bisnes online ni adalah satu keperluan di zaman sekarang ni tau. Sebab apa?

  1. Nak tambah duit tepi. Yang kerja pun rasa tak cukup untuk berikan yang terbaik buat keluarga, apatahlagi surirumah kan? Lagi nak buat bisnes online
  2. Senang dan tak perlu bayar untuk kedai atau apa apa pun
  3. Flexible dan tidak perlukan majikan. Kitalah majikan kepada bisnes online kita
  4. Boleh buat sambil kita bekerja dan uruskan rumah dan keluarga
  5. Aps wasap boleh digunakan sebaiknya. Begitu juga media sosial kita. Boleh digunakan untuk tambah income melalui bisnes online di instagram, facebook, tiktok

Di sini saya nak kongsikan kepada Shaklee adalah bisnes online pilihan rakyat Malaysia dan anda sendiri boleh pilih Shaklee

1. Sistem Shaklee yang adil samada nak dilakukan secara bisnes online ataupun offline

Saya berada di dalam organisasi yang ada pelbagai latar belakang. Dulu, masa saya mula-mula join Shaklee, saya hanya fokus untuk dapatkan cash back % bonus yang tertinggi, iaitu 21%. Sebab cash back (yang kami panggil bonus) ni yang lain rendah dari 21% ini. Saya mula untuk fokus kepada angka 21% saja sebab saya nak result cepat.

Dan bisnes Shaklee ni best dia sebab orang lain pun boleh jadi ahli dan buat bisnes denga kita juga. Bila begitu, teammate kita dapat bahagian yang dia buat. Kita pun dapat bahagian yang kita buat. Takde kata “Yang kau buat, semua aku sapu juga. Kau tak dapat apa sebab kau kan baru join the business”. Tidak begitu tau. Konsep ini saya faham sejak bulan pertama saja join Shaklee. Dan konsep ini lah yang buat saya sangat jatuh cinta dengan Shaklee sebenarnya untuk terus kekal berbisnes tanpa dengki dengan sesiapa pun. Sungguh.

Saya jadi orang yang nak meramaikan ahli Shaklee dalam organisasi saya. Kalau boleh, biar satu Malaysia join Shaklee dengan saya, dan mereka semua dapat cash back aka bonus masing masing. Even lebih dari saya pun boleh. Saya lagi suka organisasi mereka membesar. Malah ia menjadi pencetus untuk saya buat bisnes lebih kuat lagi membina orang lain juga walau hanya dapat dari belian diri sendiri pada awalnya.

Dalam Shaklee, dah terbukti di depan mata saya yang orang bawah (yang register lebih lambat dari orang atas) boleh dapat income lebih besar dari orang atas. Contohnya, orang bawah nama Siti. Upline dia nama Haliza. Siti ni boleh dapat income yang lebih banyak dari Haliza ni jika Siti ni kerja keras dari Haliza. Dan Haliza, kalau dia tak bersungguh-sungguh capai kriteria yang Shaklee dah letakkan, Haliza tak dapat apa pun dari segala sales Siti dan kumpulannya walau Haliza ajar Siti siang dan malam untuk buat sales. Kiranya Haliza kena buat sales juga, dan capai kriteria tu, baru layak dapat income itu. Kiranya adil.

Bagi yang jadi ahli Shaklee tapi tidak berbisnes, pun boleh dapat cash back dari belian itu. Contoh belian harga ahli dah RM600 lebih kurang. Anda layak mendapat cash back 5% ke 21% juga walau buat belian untuk diri sendiri. Bukannya tak dapat apa apa cash back walau join sebagai ahli Shaklee yang beli Shaklee untuk diri sendiri.

2. Keahlian Shaklee yang murah dan sama rata

Jadi anda faham di sini yang dalam Shaklee, untuk jadi ahli Shaklee samada untuk berbisnes atau nak makan vitamin saja tanpa menjual, dua-dua ini boleh. Dan yuran keahlian hanya RM35 saja. Sama saja, tiada beza. Sebab ada sesetengah syarikat, kalau nak makan saja join dengan RM40 contohnya, manakala kalau nak berbisnes kena bayar RM100. Burn yang RM40 bayar sebelum tu. Jadi rugilah. Shaklee simple aje, Hanya RM35. Nak register Shaklee dengan percuma pun boleh. Iaitu dengan cara buat belian 100 uv dalam satu resit untuk pertama kali belian, terus dapat membership dan postage percuma. Saya dulu join Shaklee dengan percuma sebab saya sayangkan duit. Dulu register Shaklee RM75 tau. RM75 pun duit. RM35 pun duit kan? Jadi kan lebih untung andai buat belian barang yang kita sendiri nak makan dan yakin boleh jual semasa kita register sebagai ahli Shaklee. Jimat kos pos juga andai belian RM300 ke atas dalam satu resit.

3. Platform untuk Shaklee dibuat sebagai bisnes online sangat mendapat sokongan dari Shaklee Management sendiri

Ada sesetengah syarikat, mereka lebih menyokong kepada offline sahaja. Tapi di Shaklee, kami disokong secara online dan juga offline. Buktinya? Sistem Shaklee yang sangat mesra dan mudah diikuti walaupun baru pertama kali melayari website Shaklee. Kiranya sistem Shaklee menyediakan konsep mesra pelanggan nak buat order secara online. Samada untuk pembangun bisnes mahupun untuk yang makan Shaklee saja (sebagai loyal consumer) tapi menjadi ahli. Pendedahan maklumat semuanya sama. Manakala bagi yang belum menjadi ahli Shaklee, mereka pun boleh buat order sendiri tanpa pening-pening

Sistem Shaklee ini membantu dalam memastikan setiap pembangun bisnes Shaklee ini boleh melakukan bisnes online Shakleenya walau di mana berada, juga bila-bila masa. Samada menggunakan laptop, komputer, ipad, mahupun telefon bimbit. Saya sangat sukakan sistem Shaklee yang mesra bisnes online ini. Semuanya di hujung jari sahaja. Dan semuanya terpulang pada diri kita sendiri samada nak buat sungguh-sungguh atau sekadar cukup-cukup makan saja.

Shaklee sendiri menyediakan sokongan yang cukup kepada semua pembangun bisnes Shaklee dan loyal consumer Shaklee. Kelas dari pakar nutrisi setiap minggu dijalankan. Hal ini snagta penting dalam tujuan Shaklee menjadi bisnes online yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Apa -apa cadangan boleh diutarakan demi menambahbaik Shaklee pada masa depan.

4. Kualiti Produk Shaklee yang menjadi pilihan ramai orang

Jika nak melihat tentang kualiti produk, memang biasanya ramai yang keliru kerana nampak macam sama, tapi sebenarnya tidak. Contoh di bawah antaranya.

Mungkin orang melihat protin, ia semua sama. Baca maklumat pun, rasa sama-sama wow. Tapi yang mana satu yang lebih baik. Jadi, untuk menilai produk, sememangnya ia perlu dinilai dengan perkara terpenting dan paling asas yang wajib ada. Sebagai contoh Non GMO ini. Ini adalah asas yang mesti diketahui agar tidak ditipu hidup-hidup dengan ayat marketing produk. Sebab tu produk Shaklee adalah produk yang terbaik untuk dijadikan sebagai bisnes online. Satu-satu kualiti produk itu akan membuatkan penggunanya rasa kesan dengan cepat dan lebih banyak jualan boleh dilakukan insyaAllah. Sebab tu Shaklee tidak berkompromi dengan hal ini. Kualiti produk sangat diutamakan. Baru senang nak jual kan?

5. Kejujuran Shaklee buat kita memilih berbisnes online dengan Shaklee

Shaklee kan tak kompromi dengan apa-apa pun bila libatkan dengan kualiti produk. Jujurnya Shaklee ni, segala hal diletak saja di bahagian label produk. Andai ia ada gula, diletak gula walau gula tu dari tumbuhan. Contoh: Di label ESP ada dituliskan gula 9g walau gula itu sebenarnya rasa manis kacang soya tu sendiri, bukan dari gula tambahan yang diproses.

Dan Shaklee tidak mengambil bahan mentah yang ada bahan kimia, walau 1 je dari 2500 bahan kimia yang Shaklee letak sebagai filosofi Shaklee. Shaklee kekal jujur walau Shaklee tak boleh keluarkan produk itu. Ini pernah berlaku untuk produk Herblax. Masa tu, takde supplier yang bekalkan daun senna yang bebas 2500 bahan kimia selepas diuji daunnya. Jadi Shaklee buat keputusan menolak bahan mentah itu, dan hentikan production herblax buat sementara waktu.

Inilah antara sebab Shaklee tak ada ladang bahan mentahnya sendiri. Kerana apabila ada bahan mentahnya yang tak penuhi kriteria dan filosifinya, Shaklee boleh terus menolak untuk terima dari pembekal. Tak perlu nak hadapi sebarang kerugian pun. Cuba bayangkan, nak bebas dari racun serangga pesticide dan lain-lain tu kan bukan mudah. Jadi lebih baik Shaklee fokus kepada R&D. Pada masa yang sama Shaklee memberi peluang kepada pembekal untuk mereka fokus kepada menjaga bahan mentah tanpa pesticide, kerana mereka pakar bab ini. Shaklee pakar bahagian R&D untuk keluarkan atau tingkatkan kualiti produk melalui sainstis Shaklee. Tak perlulah Shaklee pun nak jadi petani kan?

6. Easy going bisnes online. Anytime, Anywhere

Semasa saya melancong ke luar negara, saya masih boleh melihat sales Shaklee team saya meningkat setiap hari, malah setiap jam. Nak cek setiap minit pun boleh. Betapa bisnes Shaklee ni sangat managable dan senang diuruskan secara online saja. Tidak perlu saya nak menjadi seorang yang sentiasa berada di Malaysia. Malah, pembangun bisnes dalam grup Legasi AnugeraH Terindah saya sebenarnya ada di seluruh negara kerana kami jalankan Shaklee secara bisnes online. Bila begini, kita boleh pergi jauh sangat. Malah rakyat Malaysia di luar negara pun boleh membina Shaklee.

Shaklee ada di 2/3 dunia. Di India, Canada, Mexico, China, Japan, Malaysia, Taiwan, US. Jadi jika rakyat semua negara ni join Shaklee bawah kita di Malaysia ni pun boleh. Nampak kan? Betapa hebatnya bisnes online bersama Shaklee ni boleh pergi jauh. Saya sendiri pun tak ambil semua peluang lagi tau.

7. Boleh memberi peluang orang dapat income tanpa kita keluarkan modal

Pernah ada impian nak tolong orang dapat duit sendiri? Nak jadikan pekerja kita, berapa ramai je kan kita boleh bayar gaji. Tak semua orang boleh kita ambil bekerja dengan kita. Tapi melalui bisnes online Shaklee, semua orang yang berusia 18 tahun ke atas boleh jadi pembangun bisnes. Boleh dapat income dari puluhan hingga ratus ribu. Tapi yang banyak-banyak ni perlukan masa dan komitmen yang lebih lama dalam jangka masa setahun ke ataslah. Bukannya satu bulan tau sebab Shaklee bukan skim cepat kaya ye.

8. Shaklee online bisnes bantu kita membina organisasi jangka masa panjang

Selalunya, orang dapat untung secara harian saja setiap kali menjual. Tapi Shaklee online bisnes ni kita boleh dapat pada setiap tengah bulan secara lum sump juga, bukan saja setakat harian kalau jualan runcit. Tapi kita di Shaklee lebih menfokuskan untuk mengajak orang terus menjadi ahli bersama kita kerana kita membina bisnes. Bukan sekadar menjual kerana bisnes Shaklee ni adalah bisnes jangka masa panjang.

Saya berikan contoh ye. Contoh team Legasi Anugerah Terindah (LAT Family) kini buat sales lebih dari RM20 juta setahun. Adakah saya sorang yang mampu buat sales sebanyak ini selama setahun? Fuh, mati hidup balik pun saya tak mampu kan? Sebab tulah setiap orang yang bagitau dia nak cuba Shaklee, saya terus buatkan dia menjadi ahli Shaklee di dalam organisasi saya. Kerana kita tak tahu bila dia nak buat bisnes. Lebih baik dia join kita dari awal. Bila dia nak join bisnes, dia dah bersama kita. Entah entah dia buat sales sejuta setiap bulan dalam masa 2 tahun akan datang kan? Jadi rugi lepaskan setiap prospek kita daripada jadikan dia ahli. Bolehlah kita tumpang semangat dan tenaga dia sekali. Bersama orang yang hebat kan buat kita jadi hebat jugak? Begitulah.

Dari sini, kita juga dapat kenali circlenya yang sudah pasti kita tak kenal pun. Mana tau ada di antara circle customer kita tadi ada yang nak membina bisnes Shaklee bersama di samping makan Shaklee. Kan kita dah boleh kembangkan bisnes kita dan pada masa yang sama boleh membantu dia jana income untuk dirinya sendiri. Dan perkara ini akan berulang sampai bila bila bila kita konsisten amalkan.

Ada potensi sales team dari RM20 juta setahun untuk menjadi RM40 juta sebulan kan?

9. Shaklee adalah bisnes online untuk jangka masa panjang

Ini kerana bisnes onlie Shaklee ni boleh diwarisi oleh pasangan kita andai kita sudah tiada nanti. Kalau bukan pasangan, anak anak pun boleh. Jadi tidaklah kita bina sesuatu di Shaklee dengan sia-sia insyaALLAH. Kalau kita kerja, andai kita mati, jawatan itu tidak boleh diwarisi kan? Tapi di Shaklee, income itu boleh diwarisi terus. Kira short cut terus.

10. Bisnes online Shaklee membina diri saya yang berbeza

Dengan Shaklee, banyak saya berubah menjadi diri yang sangat berbeza. Contohnya semakin pandai bercakap, makin ada keyakinan diri, sentiasa nampak hikmah dalam semua hal, tawakal yang makin tinggi, makin kuat sabar, makin pandai bertenang dan berfikir dengan waras di kala ujian melanda. Menjadi sorang yang berusaha kuat untuk bantu orang lain berjaya juga. Macam macam lagi lah yang saya perasan perubahan pada diri saya sejak saya berbisnes online Shaklee ini. Circle Shaklee saya sangat membantu saya menjadi seorang yang makin baik alhamdulillah.

Saya kongsikan juga di sini perkongsian dari teammate saya tentang bisnes online. Boleh klik di sini ye.

So apa tunggu lagi? Nak order? Wasap nombor di bawah ye. Klik nombor ini. 

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. 

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816

Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu. 

 Join kami ye. Register di sini https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=846816 

Best Regards, 

Nur Zahirah 

SID 846816 

No tel: 0139422527 

Your trusted Shaklee Independent Distributor Shaklee Business Leader and Master Coordinator

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *