Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan tentang bagaimana Shaklee ni kita boleh jadikan peluang untuk menjana pendapatan. Topik hari ni berkenaan dengan peluang buat duit dalam Shaklee. 
Ini kisah kami. Ia bermula dari saya mula kenal Shaklee sejak tahun 2009, semasa mengandungkan anak sulong saya. Masa ini, saya sekadar tahu Shaklee ni sebagai suplimen, yang masa tu saya tak ambil tahu pun sebab saya memang dapat vitamin percuma dari doktor O&G setiap bulan. Tapi saya sudah tanya tanya tentang vitamin Shaklee yang upline saya consume. Masa tu beliau sedang menyusukan anak kedua beliau. Banyaklah jugak saya tanya sehingga saya yakinkan diri yang saya perlukan vitamin semasa susukan anak. Dan ia adalah Shaklee. Bukan jenama lain. 

Trip Shaklee ke Bangkok Tahun 2018 kami bawa 3 anak

Apabila anak saya lahir, saya mula consume Shaklee untuk pastikan saya mampu untuk susukan anak saya dengan susu ibu walaupun saya bekerja. Dari situ, saya mula rasa diri saya miliki lebih banyak susu berbanding sebelum saya ambil Shaklee. Kiranya apabila saya ikut tips, saya memang dapat kesannya. 
Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, kini sudah 2 tahun usia anak saya, dan saya pun masih ambil Shaklee sebagai milk booster susukan anak kedua saya yang selang setahun 4 bulan dengan anak sulong. Pada masa yang sama, saya mencari satu bisnes yang mudah untuk saya jalankan kerana saya adalah ibu bekerja yang sangat sibuk. Saya perlukan duit tambahan memandangkan keperluan kami sekeluarga semakin tinggi waktu itu. Saya mahu menyimpan duit kerana masa tu belum lagi ada rumah sendiri. Sampai bila kami nak duduk di rumah sewa kan?
Jadi, saya mula mencari bisnes. Ada saya nak buat bisnes Score A,  tapi modalnya besar. Saya paksa diri untuk cuba, tapi saya memang tak boleh masuk dengan bisnes ini. Ia tidak kena dengan jiwa saya. Kemudian saya cuba untuk join Takaful, tapi tak boleh. Saya kandas di tapisan pertama kelayakan lagi haha. Lagipon memang saya tak bersungguh sungguh pun. 
Saya pun menjual kain baju pasang, brooch, tudung. Tapi semuanya saya rasa tidak sesuai dengan saya. Penat, tapi hasil tidak nampak di mata. Kalau dapat pun, sikit sangat. 
Akhirnya, saya join Shaklee dengan upline saya kini selepas 3 kali beliau bagitau saya “Ira, kalau nak berbisnes Shaklee, bagitau akak tau”. Saya memang dah lama nak berbisnes Shaklee, tapi saya risau saya akan menjadi pesaingnya memandangkan kami bekerja di pejabat yang sama. Rupanya konsep Shaklee ni berbeza. Makin ramai orang join Shaklee dengan kita di satu tempat yang sama, makin maju bisnes kita kerana mereka adalah agent kita. Haa kunci dia: Jadikan semua kawan di tempat kita sebagai ahli dalam organisasi kita. Kiranya kita ada team besar di situ. Dan rezeki masing-masing kan. 

Master Celebration kami suami isteri di Istana Hotel pada 18 Januari 2014
Ok saya sambung cerita. Saya mula berkongsi dengan kawan kawan satu pejabat yang mengepam susu ibu sekali dengan saya. Dari sini, adalah dalam 2 orang join ahli dengan saya. Itu saja sebagai permulaan. Mereka adalah kawan yang agak rapat dengan saya ketika itu iaitu Bai dan Suez. Yang lain menjadi customer saya saja. Semoga mereka dalam rahmat Allah sentiasa. 
Semasa saya join Shaklee, saya tau ini aje untuk capai. Iaitu bonus Shaklee maksimumnya boleh dapat sampai 21%. Beza kan tu. Jadi saya sungguh-sungguh fokus untuk kumpul 3000 Grup uv sales, lebih kurang RM10,000 sales dalam masa 1 bulan. Alhamdulillah saya berjaya, sebab saya fokus betul-betul nak capai tu. Saya join Shaklee pada 1 Jun 2011. Jadi saya sudah hampir 12 tahun menjadi ahli Shaklee. 

Shaklee Recognition- Menangi Cash RM10,000 kerana berjaya hasilkan Leader dan miliki organisasi yang semakin berkembang

Time by time, income saya makin naik dan turun, naik turun. Ulang-ulang. Biasalah kan, itulah bisnes. Mana ada sama macam gaji setiap bulan jumlah yang sama kan? Itu kenyataan yang kita semua orang bisnes kena fahami. 
Lepas seorang demi seorang, menjadi ahli dengan saya. Ada yang join ahli sebab nak makan saja. Ada yang join sebagai ahli sebab nak berbisnes juga. Ada juga yang tak mau join sebagai ahli. Macam-macam lah. Saya layan aje semuanya elok-elok. 

Trip Shaklee 2017 – Jepun 

Saya membina organisasi saya melalui orang luar dulu, iaitu strangers sebab saya segan jugak nak kongsi pada ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat mula-mula tu. Jadi bila begitu, saya tulis blog zahirahhafizan.blogspot.com, blog inilah. Di sini lah saya bermula segalanya. Alhamdulillah, Kini saya menulis kembali di sini. Blog ni banyak berjasa pada saya. Kiranya menjadi asbab untuk bisnes saya berkembang kepada orang yang saya tidak kenal. Yang akhirnya menjadi leader saya yang hebat di dalam LAT Family sehingga kini. 
Team, biasalah. Ada yang kekal dan ada yang pergi. Namun saya kekal menjaga hubungan baik sebaik mungkin. Walau sudah berada di dunia bisnes berbeza, kami saling mendoakan satu sama lain agar dimurahkan rezeki di bidang masing-masing. Ada yang dulu berbisnes Shaklee, namun sekarang menjadi consumer Shaklee melalui saya saja. Ada juga yang dulu menjadi consumer Shaklee saja, kini menjadi pembangun bisnes di dalam Shaklee. 
Begitulah kehidupan. Apa yang penting, hormati kehendak masing-masing. Kami terus melangkah ke depan tanpa menunggu mereka yang tidak mahu teruskan perjalanan kerana bisnes ini tanggungjawab masing-masing. Bukannya upline mahupun downline.
Dan pastikan jaga hubungan sesama sendiri. Pastikan akaun Shaklee mereka sentiasa aktif bersama kita. Nanti diorang nak order, masih dengan kita melalui ID mereka sendiri. Mudah bisnes Shaklee ni bagi saya yang sibuk dengan keluarga. Ia cukup fleksible bagi saya untuk saya lakukan semasa bekerja mahupun semasa berada di rumah. 
Umrah Ziarah Dubai tahun 2013- Trip Pertama kami suami isteri bersama Shaklee 
Banyak lagi trip yang kami hadir, tidak pernah miss dari tahun 2013 sehingga tahun 2022. Alhamdulillah. Dalam Shaklee, kita ada 3 c iaitu cash, car dan convention trip. Apabila dapat pergi ke convention trip, itu bermakna cash dah dapat banyak dari Shaklee, car bonus pun dah dapat. Itu sifir dia. Sebab tu di Shaklee kami suka tapau ketiga-tiganya terus. Tak mau lah cash saja. Korang suka yang mana? 
So apa tunggu lagi? Nak join Shaklee? Wasap nombor di bawah ye. Klik nombor ini.

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. 

Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Dan akan dimasukkan ke dalam grup eksklusif kami di mana di situlah banyak kami kongsikan ilmu nutrisi dan ilmu berbisnes kepada ahli kami. Mana tau, melalui Shaklee anda boleh mencapai impian anda suatu hari nanti apabila anda mengetahui peluang tentangnya, seperti saya awal-awal dulu.

Join kami ye. 

Register di sini 
Best Regards, 
Nur Zahirah 
SID 846816 
No tel: 0139422527 
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader and Master Coordinator

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *