Assalamualaikum dan selamat pagi kawan kawan. Apa khabar ye? Hari ni saya nak kongsikan tentang intermittent fasting. Glamor kan intermittent fasting ni. Singkatan dia IF. 
Apa tu intermittent fasting?

Intermittent fasting ni secara bahasa mudahnya adalah kita makan ikut waktu yang kita boleh makan sahaja, bukan setiap masa kita boleh makan. Dalam intermittent fasting ni ada 2 window. Iaitu fasting window dan eating window. Kita hanya boleh makan semasa eating window. Waktu fasting window tu kita berpuasa tapi boleh minum air. Kiranya kita berpuasa basah. Bukan macam puasa di bulan Ramadhan. 

Permulaan untuk intermittent fasting ni untuk orang yang belum biasa berpuasa adalah selama 12 jam. Dan ia fleksible, namun kena bijak. Janganlah pulak eating window time malam. Bila mau sihat kan? Hehe.  
Sebab badan kita hadam makanan yang baru kita makan tu dalam masa 3 jam. Jadi biar kita last makan pun selama 3 jam sebelum tidur sekurang kurangnya. Kalau 12 jam buat intermittent fasting, boleh buat begini sebagai contoh. Mula berpuasa jam 6 petang sehingga ke jam 6 pagi esok. Jadi 12 jam sudah kita berjaya tanpa sebarang makanan masuk ke badan kita. 
Jam 6 pagi tu kita bolehlah mula makan semula. Maksudnya kita sudah masuk eating window. Semasa ke semasa, kita boleh naikkan tempoh berpuasa tadi. Dari 12 jam, naik ke 13 jam, 14 jam sehingga ke 16 jam. Kemudian kekalkan 16 jam berpuasa selama 2 bulan sebelum kita nak naikkan lagi masa berpuasa. 
Bila begini, kita sudah berpuasa selama 16 jam dan makan hanya 8 jam saja. Kita dah mengurangkan kadar waktu kita makan. Jadi kalori masuk tu berkurang. Lagi lagi waktu 8 jam makan ni kalau kita jaga makan, memang lagi hebat kesannya. Bila buat Intermittent fasting, bukan semata mata waktu makan yang sempit kita ambik tahu, tapi juga apa yang kita makan di waktu eating window tu perlu kita titik beratkan. 
Sebab itulah kita kena makan yang betul di waktu eating window. Makanan yang baik, cukupkan nutrisi. Badan kita akan makin sihat, walau waktu makan yang sempit saja kita lalui setiap hari. Percayalah. Cuba lah ubah. 
Bila 16 jam berpuasa, baru proses pembakaran lemak berlaku tau. Sebab tu angka 16 jam ni sangat penting dalam intermittent fasting. 

Apa Kita Boleh Ambil Semasa Fasting Window?

Semasa fasting window, kita hanya boleh minum air kosong, teh kosong dan kopi kosong tanpa gula, susu pekat manis, mahupun krimer. Kiranya kopi tu pon kita kena pandai pilih. Biji kopi yang diblend 100%, bukan yang ada tambahan marjerin mahupun gula 3 in 1. Maksudnya, serbuk kopi dicampur dalam air panas aje, kemudian minum. Teh pun begitu. Takde masalah, kita ok saja sebab sebelum kita masuk ke fasting window, kita sudah “bersahur” dengan makanan berat macam nasi dan minuman protin. 
Teh hijau sangat bagus untuk diminum semasa fasting window ni. Kalau ada teh yang campuran macam macam jenis teh lagi bagus, Tinggi polifenol, yang mana ia membantu kita untuk buat pembersihan sel juga. Nanti saya kongsikan ye di post seterusnya insyaAllah. 
Apa Kita Boleh Ambil Semasa Eating Window?

Semasa eating window, memang semua kita boleh makan. Tapi kita kena jaga calorie intake dan juga kualiti makanan. Calorie intake bukan segalanya. Jika makanan itu sihat dan berguna untuk badan, walaupun ia miliki kalori yang lebih tinggi, ia lebih bagus dari makanan yang rendah kalori tetapi tidak sihat. Apatahlagi makanan yang tinggi kalori dan sekaligus tidak sihat, ini yang memang kita wajib hindari di waktu eating window. 
Ingat prinsip kita untuk reverse health. Jadi apa yang kita ambil itu perlu selari dengan matlamat kita. Jadi kalau nak merasa tu, rasa sikit sikit aje, bukan kita habiskan sebijik kek sorang sorang hehe. 
Makanan yang perlu dihindari semasa eating window adalah:
  1. Makanan dan minuman manis bergula, bersusu pekat, berkrimer
  2. Makanan proses 
  3. Makanan high glisemik indeks
  4. Makanan berasaskan tepung gandum yang ada gluten
  5. Makanan berminyak yang dimasak dengan sunflower oil, minyak jagung
Apa yang perlu diambil semasa eating window?
  1. Makanan asli dari raw food
  2. Makanan low glisemik indeks
  3. Makanan dari tepung beras, tepung pulut.
  4. Makanan yang dimasak dengan minyak kelapa sawit, miyak sapi, santan, minyak kelapa dara. 
Saya tahu, mungkin ada yang konfius tentang makanan berminyak tu kan? Nanti saya kongsikan faktanya di post yang lain. 
Setakat ini saja dulu post saya tentang intermittent fasting. Nanti kita sambung lagi ye topik berkaitannya. Kenapa 16 jam, mesti ada sebab kan. Post seterusnya saya akan kongsikan. 
Boleh follow blog saya selalu ye. Rajin rajinlah blogwalking ke sini.
Nur Zahirah,
013-9422527
www.wasap.my/60139422527
Anda juga boleh baca di sini ye 

Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee? Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan special price, konsultasi percuma, after sales service secara berterusan, dapat join group tertutup kami untuk perkongsian tentang masalah kesihatan dan maklumat berkenaan produk Shaklee.

Dan yang pastinya, anda boleh mendapatkan vitamin Shaklee dengan budget yang anda ada! Saya akan recommend kan vitamin yang sesuai dengan budget anda dan terangkan kenapa anda perlukan vitamin2 tersebut…

Boleh hubungi saya di sms/whatsupp 0139422527 untuk sebarang pertanyaan:) 

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *