Secara jujurnya, semasa Nanny Shaklee saya, Master Norita berkongsi tentang projek ini, saya sangat excited kerana dah lama saya nak menulis semula di blog, namun untuk konsisten betul betul semula seperti saya mula mula berbisnes Shaklee 12 tahun yang lalu tu sangat mencabar bagi saya. 



Boleh baca di sini posts saya sebelum ni : Intermittent Fasting Reverse Health 

Sedaya upaya saya cuba sediakan draft mengikut tarikh yang diberikan. Siapkan betul betul kerana saya tahu, nanti jika saya lambat, saya akan beri kesan yang tak baik pada orang di bawah saya yang sedang menunggu link dari saya. Malah, orang atas saya pun saya kontek dan meminta beliau berikan link selepas buat post di blog beliau. 

Pengalaman ini sangat memberikan saya pengalaman yang istimewa, yang saya tak pernah buat lagi. Inilah kali pertama saya buat cara ini. Seronok! Itu yang saya katakan. Cukup indah buat saya.

Sehinggalah ke post kedua mengikut kriteria itu, saya mula tak terurus masa dengan macam macam hal anak anak di minggu akhir persekolahan sehingga saya tak sempat nak belek semula draft yang sudah saya sediakan. Kerana pemahaman saya, saya perlu tunggu orang atas berikan link seperti post pertama. Rupanya sudah berubah, ia lebih mudah, namun saya tak terbuat publish tu. Haha. 

Namun saya teruskan juga publish selepas beberapa hari berlalu kerana saya baru baca betul betul di group wasap oleh leaders saya. Juga baru sempat dengar rakaman live di Facebook oleh upline dan sideline saya, Master Salwa. 
Saya sebenarnya tidak terlalu fokus untuk dapatkan hadiah, namun kalau dapat, saya tidak menolak. Hehe. Saya dapat hadiah saguhati. Punyalah seronok! 
Namun sebagai seorang leader, saya wajib tunjukkan contoh kepada downlines saya. Saya nak downlines saya commit, saya dulula kena commit kan. Sebab tu sekarang ni jam 2.59 pagi, saya sedang menulis post ini. Saya harap Allah pandang ini sebagai pahala. Amin. Jadi kita aim untuk hadiah utama lah pasni. Kita qadaaaaa. Hehe. 
Saya seronok untuk sama sama menumpan wave ini. Bukan mudah untuk membina wave serentak. Dah tu, kenapa nak pandang sipi kan? Adjust masa dan buat post blog sebaiknya. Dan sebenarnya, menulis semula di blog ini adalah satu healing buat saya walau saya terpaksa mencari masa untuknya. Jujur bagi saya, saya seronok dan rasa puas kerana saya boleh menulis semula. 
Dulu saya bermula dengan blog ini lah untuk memulakan bisnes Shaklee. Anda boleh lihat betapa teruknya penulisan saya tahun 2011. Siap konsep copy paste blog upline saya, kemudian saya kredit kan. Haha. 
Dan sebenarnya, bila saya kenangkan balik. Ye, saya seorang yang redah. Sangat redah semuanya sehingga saya berjaya ke Master Coordinator. Tapi selepas datang facebook, personal branding, saya sudah melupakan blog. Pernah saya bagitau seseorang yang saya nak mula aktif semula menulis blog. Tapi katanya, “Ini zaman personal branding. Blog tidak lagi releven”
Saya terlupa. Padahal sepatutnya saya buat dua dua. Terus menulis di blog, dan terus buat personal branding. Kerana terbukti dulu, hasil blog inilah saya dapat loyal customer saya sehingga sekarang. Dah 12 tahun dia makan Shaklee. 
Saya juga reach out strangers melalui blog. Yang akhirnya menjadi leader saya di dalam Shaklee. Blog evergreen, saya lupa hal ni dulu. Saya sangat berterima kasih kepada Master Norita dan Master Salwa kerana initiate projek mega blog ini. Dan saya telah mewajibkan diri saya untuk sertai semua yang diatur, walau apa pun berlaku. Saya keluar dari zon selesa saya.
Kini, saya bermula menulis kembali di blog saya sekali ke 3 kali seminggu. InsyaAllah. Saya alirkan idea ke sini. Dan blog ini tersangat banyak kenangan bersama anak anak saya juga.
Dear my blog, terima kasih sebab tak lenyap walau lama sudah lama saya tidak kunjungi kamu. Kamu tetap berkhidmat sebaiknya sehingga setiap bulan pasti ada customer dari sini. Terima kasih Allah kerana mengizinkan segalanya yang baik baik pada saya. 
Walau blog zahirahhafizan.com telah hilang dan dibeli orang, saya masih ada zahirahhafizan.blogspot.com, iaitu blog yang lebih saya sayangi dari zahirahhafizan.com. Kenapa? Kerana segalanya bermula di sini. Dan akhirnya saya pulang kembali ke sini. Aihhh, syahdu hehehe. 
Kini saya tengah tak sabar nak join blog mega shaklee 2.0 #blogmegashaklee2.0
Nur Zahirah SID 846816
No tel: 0139422527
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader and Master Coordinator

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *