Saya sangat bersyukur sebenarnya apabila ditemukan dengan Shaklee circle ini kerana bagi saya, kami sama sama mahu semua berjaya dalam bisnes ini, tidak kira siapa pun mereka. Samada sideline, apatahlagi downline dan upline. 

Bagi kami, peluang dalam bisnes ni tersangat luas. Namun kami kena sedar yang setiap dari kami mesti ada kelainan untuk menarik prospek kepada kami. 9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best akan saya kongsikan. 
Di Shaklee, kami tidak mengira latar belakang pelajaran. Yang kami fokus adalah kemahuan untuk mengubah hidup masing masing kepada sesuatu yang lebih baik dari sebelum ini. Bukan bererti kami tidak bersyukur, namun ia adalah sikap yang Rasulullah saw suka apabila orang Islam maju di dalam kehidupan di dunia ni sebab di dunia lah tempat kita menanam. Di akhirat kita menuai pulak. Yang penting, niat segalanya kerana Allah. Semua kita buat, kita akan dapat pahala. 
Dalam Shaklee komuniti, kami memang menumpang kekuatan satu sama lain kerana cerita setiap orang dalam bisnes ni adalah berbeza. Perjalanan setiap orang berbeza, sudah tentu pengalaman pun berbeza. Jadi kita macam buat study group sama sama. Kami saling mendengar cerita satu sama lain. Dari sini, kami dapat rasakan yang kami bukan sendirian. Kami ada teman yang ada cabaran macam kami, malah lagi teruk dari itu. 
Saya kongsikan kisah dari leader saya, Raihanah. Beliau sudah masuk tahun ke 10 di dalam Shaklee. Tapi belum bergelar Master Coordinator. Ada orang, dia pandang orang yang tak berapa laju naik Master ni sebagai orang yang lambat atau main main. Tapi bagi saya, tidak. Kenapa? Kerana kisahnya tak sama seperti orang lain. Kerana kisahnya yang sebagai seorang anak datuk, orang kaya, keluar dari zon selesa buat bisnes Shaklee tidak mudah. 
Kisahnya yang banyak dugaan dan cabaran untuk dapatkan sokongan dari suami tidak sesimple orang lain. Kisahnya yang konsisten sehingga post blog beliau tentang Vivix saja mencecah lebih dari 250 post sangat menginspirasikan saya. Kisah beliau tentang keep on bina bisnes secara berulang ulang tanpa putus asa walau bina semula dari kosong itu sangat membuatkan saya insaf.
Ini yang saya belajar dari Key Coordinator Raihanah, downline saya, tapi jauh lagi hebat dari saya. Korang boleh baca blog beliau di sini. Di vitamin-cerdik.com. Banyak post ilmiah beliau kongsikan sejak 10 tahun lalu. Malah beliau boleh menjual lebih dari 100 botol Vivix dalam sebulan hasil dari blog. Hebat! Boleh jadikan bahan bacaan untuk tambah ilmu di Shaklee berkenaan produk mahupon pengalaman berbisnes ye. 
Inilah salah satu cerita yang buat saya sangat menyukai komuniti Shaklee di Malaysia ini. Kami saling memberi inspirasi dalam diam. Kami saling menyukai satu sama lain walau tidak diketahui. Andai mahu berhenti dari bisnes Shaklee ini, saya kembali ingat kisah sorang demi sorang bagaimana mereka bermula dan berjaya harungi setiap dugaan. 
Walau sang pencerita bukan lagi berada di Shaklee contohnya, tapi kisah inspirasi mereka saya genggam erat, sehingga menjadi tauladan buat saya dalam diam. Banyak pahala mereka kan. Dan kita tidak tahu, mungkin cerita kita ini, walau ia sungguh sederhana bagi kita, ia sebenarnya bagi impak yang sungguh hebat buat seseorang untuk bangkit dan fight dalam setiap dugaan yang dihadapi di dalam bisnes ini.

Lagi, saya sukakan komuniti Shaklee ni kerana sikap terbuka antara kami yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu. Kami boleh datang jumpa mereka bila bila masa walau income mereka RM100,000  ke atas sebulan. Boleh berkongsi cerita. Boleh tukar pendapat dan pandangan. Malah makan semeja, minum sama sama tanpa berkira. Tumpang solat di rumah juga, malah boleh coaching sehingga ke tengah malam sama sama. Siap tumpang tidur pon boleh. Tidak ada masalah. 
Bagi kami, lagi kami berkongsi, lagi kami akan sangat excited. Lagi kami dapat tajamkan fikiran dan menambah idea untuk kembangkan lagi bisnes kami. Tidak ada cemburu dalam bisnes ini kerana saling tidak sabar melihat kejayaan orang lain. Misi kami, Shakleekan seluruh Malaysia. Haaa gittuuu. 
Komuniti Shaklee adalah satu komuniti yang sangat positif. Kami melihat jalan untuk berjaya ni memang ada bengkang bengkoknya, dan kami sangat berlapang dada untuk itu. Bila ada yang macam hilang arah, kami bantu pandu arah itu sehingga dia berjaya keluar dari keadaannya sebelum ini. Jika tidak yakin, kami sama sama meyakinkan sehingga dia kembali yakin. Namun jika tidak berjaya usaha itu, kami doakan agar Allah berikan dia yang terbaik dalam apa jua urusan. 
Tips apa saja yang kami tahu, kami tidak segan silu berkongsi dengan team Shaklee lain agar mereka juga dapat impaknya. Shaklee juga sentiasa adakan Master Class untuk saling bertukar cerita untuk bangunkan bisnes sama sama ke arah yang semakin gemilang. Tidak ada rasa takut hilang apa yang di tangan atau takut terlepas peluang di depan kerana bagi kami, rezeki tu jika hak kami, tetaplah ia kembali pada kami. Kami hanya buat yang terbaik. 

Benar, kami ada branding team kami. Cuma bila perlu dikongsi tips, kami tetap tidak lokek untuk berkongsi. Memang setiap team ada kelebihan masing masing. Jadi kami raikan dan saling tambah ilmu untuk tampung setiap kekurangan sama sama.
Komuniti Shaklee adalah komuniti yang boleh menerima teguran tanpa perlu nak bergaduh gaduh. Sesiapa saja yang ada lakukan kesalahan melanggar P&R, kami tegur secara personal atau jika tidak kuat, kami report ke Shaklee untuk Shaklee jadi orang tengah untuk menegur. Menegur ni bukan tanda benci, tapi sebagai tanda kami peduli. Kami semua memang sayangkan Shaklee. Jadi demi kebaikan seluruh komuniti Shaklee, kami ambil pendekatan menegur jika ada yang terbuat salah agar ia tidak melarat. 

Dan Shaklee sendiri main peranan yang sangat positif dalam menjaga hubungan baik sesama ejen Shaklee. Kami beruntung kerana kami miliki pihak pengurusan Shaklee yang sangat tinggi EQ nya. Dan memahami setiap perkara yang berlaku di Shaklee. Ada kalanya, kami sendiri pun tegur pihak pengurusan Shaklee. Dan mereka juga menerima teguran itu dengan terbuka. Membaiki segala kekurangan yang ada untuk ditambah baik di masa hadapan. Sungguh, Shaklee adalah dream career saya. Dan saya sudah perolehinya sekarang.



Di Shaklee, siapa yang berusaha lebih, dia akan dapat lebih hasil pendapatan. Dan layak dapat segala pengiktirafan yang ditetapkan oleh Shaklee. Tiada istilah politik dalam Shaklee. Semuanya di sama ratakan. Jika ada yang tak kena, terus kami tanya pihak management agar tidak ada sebarang salah faham. 
Peluang dalam Shaklee sungguh luas. Dan ia tidak limited kepada berapa orang saja. Peluangnya adalah unlimited. Semua dialu alukan menjadi Master Coordinator dalam Shaklee, juga di alu alukan berusaha untuk mendapat pendapatan yang tinggi di Shaklee bersama sama. Semua orang ada peluang yang sama. Semuanya di tangan sendiri untuk usaha sekuat mana. Dan semua sangat menantikan kejayaan kita di Shaklee. Itulah yang saya suka dalam Shaklee ni. Taip di jam 2.15 pagi ni pun, segar mata saya. Alhamdulillah, semangat!
Dalam Shaklee, kami sediakan banyak kelas dari upline, juga dari Shaklee tu sendiri. Kami ada connection dengan Doktor Hafiz, satu lagi saintis Prof Reza. Dia genius, bukan orang biasa tau. Dan mereka kongsikan tentang do and don’ts dakam kesihatan. 
Kami juga travel ke luar negara bersama sama. Bukan kita gi sorang sorang, tapi kita pergi bersama satu grup tanpa tinggalkan pasangan dan anak anak masing masing.

Jika anda belum lagi jumpa satu bisnes yang ada komuniti sehebat Shaklee, jomlah join Shaklee. Kejayaan anda adalah berita yang kami nanti nantikan. Saya sudi untuk guide awak sama untuk kita sama sama berjaya insyaAllah. 
Saya tak janjikan bulan bintang. Namun, jika berusaha sungguh sungguh dengan cara dan strategi yang betul, yakinlah. Allah akan bantu anda. 
Boleh hubungi saya untuk join this Shaklee great community. InsyaAllah, tru LAT Family anda bersinar. 
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive23
#shakleetriumph23
#blogmegashaklee

Kontek saya di nombor di bawah
Nur Zahirah SID 846816
No tel: 0139422527
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader and Master Coordinator


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *