Alhamdulillah, hari ni satu sambungan yang baik buat saya kerana kembali menulis blog setelah sekian lama bercuti. Zahirahhafizan.com sudah tiada. Yang ada kini adalah zahirahhafizan.blogspot.com saja, iaitu blog permulaan saya memulakan bisnes Shaklee sejak 2011. 
Saya gembira kerana saya kembali mahu aktif berblog. Bukan senang tau nak fight ni haha. Passion saya adalah menulis. Namun, kalau menulis hanya di Facebook, ia tak kekal lama kan. Jadi saya kena tulis di blog, baru senang nak cari semula. 
OK hari ni sebagai permulaan saya nak kongsikan satu tips yang saya rasakan berguna buat mereka yang mula berbisnes, tak kisahla korang buat bisnes apa. 
Dalam kita nak buka balik semula apa yang tertutup antara kita dengan customer dan teammate kita, kita kena buat perkara ni, iaitu:
Hargai customer dan teammate kita. Ucapkan terima kasih kepada mereka. Tonjolkan yang kita betul betul hargai mereka. Datangkan dari hati, benarbenar ikhlas. InsyaAllah yang tertutup (blue tick saja sebelum ni ke, ada yang merajuk dengan kita ke) akan kembali terbuka untuk kita. 
Tapi sebelum itu, kita kena buat 2 perkara ini untuk kita tiada agenda tersembunyi semasa hubunginya.
1. Set dalam hati yang kita hubungi mereka ni kerana kita nak mensyukuri apa yang pernah Allah berikan kepada kita. Allah pernah hantar mereka kepada kita untuk tanya kita tentang produk. Allah mungkin pernah hantar mereka kepada kita kerana dia join team kita. Jadi kita nak hubungi dia balik ni hanya untuk mensyukuri perkara tersebut. Ini kerana ada dalam ayat 7, surah Ibrahim. 

Dari ayat ini, kalau kita bersyukur, pasti Allah akan tambah kepada kita. Syukur kita ni dah didatangkan oleh Allah customer dan teammate sebelum ini. Jadi kita kena hargai mereka betul-betul.
2. Kita nak sambungkan silaturahim kerana Rasulullah saw pesan untuk kita sentiasa menyambung silaturrahim. 

Contoh skripnya boleh buat begini:
Assalamualaikum Hani. Hani, terima kasih tau sebab buat belian Shaklee dengan akak bulan lepas. Akak sangat hargainya. Pembelian Hani antara asbab akak boleh beri zakat lebih sekarang ni. Alhamdulullah. Terima kasih tau. Akak sangat sangat hargai. Akak doakan agar Hani sekeluarga sentiasa sihat dan dalam rahmat Allah tau. 
Penghargaan. Penghargaan. Doa. Itu saja. 
Belajar sesuatu? Saya harapkan ia bermanfaat buat semua yang dapatkan ilmu ini. 

Salam sayang,

Kak Ira
013-9422527
Kalau nak Shaklee atau nak berbisnes Shaklee jugak boleh hubungi nombor ini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *