Pagi ni saya sembang2 pasal pengurusan masa kat grup FB saya…sebab ramaii yang cakap tak cukup masa…ok…on top of that, saya nak share la something pasal untuk nak uruskan masa dengan lebih baik..saya pon masih dalam proses memperkukuhkan time management saya…Sebab tulah bukak balik tips ni…hehee…Jom baca di bawah ni…

Pengurusan masa yang baik adalah merupakan kunci kejayaan seseorang. Ini kerana orang yang berjaya
menguruskan masa pasti akan memperoleh kehidupan yang seimbang. Mereka
berjaya untuk memperuntukkan masa terhadap diri sendiri dan juga untuk
orang lain. Tetapi bagaimanakah untuk mendapatkan pengurusan masa yang
baik?

Peruntukkan masa untuk melakukan satu-satu tugasan
Dalam kehidupan seharian, pasti anda akan sibuk dengan tugasan kerja
yang mungkin tidak akan habis. Jangan sesekali cuba untuk menyiapkan
kerja itu secara sekaligus.  Rancang dan peruntukkan masa untuk
satu-satu tugasan. Sekiranya anda mampu untuk melakukan pengurusan masa yang baik, pasti anda berkesempatan untuk melakukan aktiviti yang anda inginkan.


Senaraikan keutamaan anda– Untuk seseorang yang
terlalu sibuk dengan kerja harian, anda perlu sentiasa menyenaraikan
keutamaan yang anda ingin lakukan pada hari-hari tertentu. Ini adalah
untuk memudahkan pengurusan masa anda. Pasti anda tidak akan mampu untuk
melakukan perkara yang diinginkan untuk setiap hari. Tetapi anda boleh
menyenaraikan keutamaan yang perlu diberikan mengikut hari-hari yang
bersesuaian. Sebagai contoh, mungkin hari sabtu keutamaan diberikan
terhadap keluarga.
Sekiranya ada tugasan yang perlu disiapkan, anda tidak perlu runsing
untuk memikirkannya kerana anda sudah tahu hari itu keutamaan telah
diberikan terhadap keluarga. Peruntukkan untuk menyiapkan tugasan pada
hari yang kerja menjadi keutamaan pula.


Hargai masa– Pasti tidak akan wujud masalah
pengurusan masa sekiranya anda sendiri tahu bagaimana untuk menghargai
masa. Hargailah setiap masa yang anda lalui. Jangan sesekali
mempersiakan masa anda. Ini adalah merupakan kunci utama untuk anda
mendapatkan kehidupan yang lebih seimbang. 

Ni saya amik fakta dari blog ni… semoga ia bermanfaat:)

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *