Hmmm…pagi2..blogwalking dulu jap…jenguk blog anak cucu Shaklee..hehe…zupp…singgah blog mariafirdaus..informatif blognya…saya sukakannya…so nak share di sini la ye sharing mereka…semoga bermanfaat untuk kita semua…

_______________________

Assalamualaikum,

Hari ini, emak saya berusia 64 tahun. Seorang emak yang sangat gigih
dalam memastikan kejayaan anak-anaknya. Syukur Alhamdulillah atas
pemberian Allah yang tidak ternilai ini.


Untuk entri kali ini, saya nak berkongsi dengan anda kisah yang berlaku kepada emak saya beberapa tahun lepas.



Emak Sakit Lutut Yang Serius

Sejak 10 tahun yang lepas, emak saya mengalami masalah sakit lutut yang
serius. Emak akan merasai sakit apabila berjalan jauh. Tulang lututnya
terasa seperti bergesel. Ini menyebabkan beliau tidak boleh berjalan
jauh.


Hari demi hari, masalah mak semakin serius. Lutut mak semakin sakit. Mak
hanya sakit disebelah kaki kanan sahaja. Kaki kiri masih ok.


Abang saya yang merupakan seorang doktor memaklumkan bahawa, mungkin
lendiran di antara tulang atas dan bawah dibahagian lutut mak dah
kering. Inilah puncanya mak sakit lutut.


Walaubagaimana pun, abang saya masih mahu mak saya membuat pemeriksaan lanjutan untuk pengesahan.



Gambar kiri, lutut yang sihat dan dipenuhi lendiran. Gambar kanan,
lendiran yang dah kering dan akan menyebabkan rasa sakit apabila
berjalan atau berdiri lama.



Memandangkan abang saya merupakan seorang doktor, mak saya terus ke
Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan. Ini
kerana abang saya bertugas di sana dan beliau ada seorang kawan yang
pakar bahagian lutut ini di sana.

Selepas membuat pemeriksaan doktor, doktor memaklumkan bahawa ‘lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen’ dibahagian lutut mak sudah ‘kurang’.




Pandangan lutut yang ok disebelah kiri. Ada ruang. Ini menunjukkan
lendiran yang banyak di antara tulang atas dan tulang bawah. Di sebelah
kanan pula menunjukkan lutut yang kekurangan lendiran. Akibatnya,
apabila berjalan. Tulang atas dan tulang bawah akan bergesel dan
menyebabkan kesakitan pada lutut.




Ternyata, apa yang abang saya jangkakan adalah benar. Memang lendiran di lutut mak sudah kering.

Sebab itulah lutut mak terasa sakit. Tulang bahagian atas sudah ‘bergesel’ dengan tulang dibahagian bawah. Kesannya, mak sakit yang teramat sangat pada waktu itu.

Punca Sakit

Doktor menceritakan punca mak sakit lutut adalah disebabkan mak berbadan
besar dan terlalu banyak berjalan di usia muda. Ini yang menyebabkan
‘tekanan’ dibahagian lutut yang amat tinggi dan menyebabkan lendiran
dibahagian lutut semakin berkurang.

Tambahan pula, mak tak pernah ambil sebarang supplemen untuk membantu
membaiki lendiran di lutut ini. Biasalah, kalau tak sakit. Nak buat apa
ambil supplemen. Inilah kebiasaannya mentaliti masyarakat kita hari ini.

Rawatan

Doktor memberikan mak ubat Glucosamine. Ini untuk membantu
dalam pembekalan Glukosamina yang penting untuk membantu binaan tulang
rawan dan penghasilan lendir bagi melicinkan sendi dalam tendon dan
ligamen.

Mak mula mengambil Glucosamine. Doktor memaklumkan jika selepas
mengambil ubat ini beberapa bulan dan lutut masih sakit. Mak tiada
pilihan melainkan terpaksa menukar kepala lutut mak dengan besi.

Disebabkan mak takut untuk buat operation menukar lututnya dengan besi. Mak mula mengambil ubat Glucosamine tersebut.

Selang beberapa bulan, mak membuat pemeriksaan susulan. Ini kerana lutut mak masih terasa sakit.

Selepas pemeriksaan, doktor memaklumkan bahawa mak terpaksa menukarkan
‘kepala lutut’ di sebelah kaki kanan dengan besi. Doktor sudah tiada
pilihan.

Walaupun sudah memakan Glucosamine, tetapi lendiran di bahagian lutut
mak tidak bertambah begitu banyak. Ini kerana lendiran itu sudah terlalu
‘haus’ (Kurang) sebelum itu. Mak terlewat mendapatkan rawatan.

Jika mak mengambil Glucosamine terlebih awal, insya Allah. Mak tak perlu
menjalani pembedahan yang menyakitkan ini. Nak menyesal pun dah tak
berguna. Mak dah terlewat.

Mahu tidak mahu, mak terpaksa merelakan lututnya ditukar dengan besi.





Doktor menunjukkan contoh besi yang perlu digantikan di lutut kaki mak.



Saya sendiri merasa ngeri membayangkan yang lutut terpaksa digantikan
dengan besi. Allahuakbar. Semoga saya tidak mengalami nasib yang sama.

Pembedahan Di Hospital USM Kelantan


Pada waktu itu, mak pasrah sahaja. Mak ‘redha’ untuk lutut kanannya
ditukar dengan besi. Mak tiada pilihan. Takkan lah mak pada waktu itu di
usia lima puluhan mahu terbaring di rumah sahaja.

Memandangkan operation diadakan di hospital kerajaan, anda boleh
bayangkan berapa lama tempoh untuk menunggu. Ini kerana pembedahan lutut
bukan pembedahan yang dianggap sebagai kes kecemasan.

Jika pembedahan mahu dilakukan dihospital swasta, kos dijangkakan
sekitar RM30,000-RM40,000 untuk menukar dua kepala lutut. Lutut kiri dan
lutut kanan.

Namun, apabila dilakukan di hospital kerajaaan, mak masih perlu membayar sekitar RM6,000 untuk sebelah lutut.

Dalam tempoh ini, mak terpaksa menahan sakit yang teramat sangat apabila berjalan jauh.

Kami adik beradik semuanya berasa kasihan melihat ‘kesakitan’ yang terpaksa ditanggung oleh mak.

Apabila tiba tempoh yang dijanjikan, saya membawa mak ke Kelantan untuk menjalani rawatan menukar lutut dengan besi.

Untuk makluman anda, pembedahan ini dilakukan dalam keadaan mak separa
sedar. Bukan pengsan sepenuhnya. Mak dicucuk di bahagian tulang belakang
untuk mengkebaskan dibahagian pinggang dan kebawah sebelum dibedah.




* Gambaran semasa menukar besi dengan tulang asal di lutut mak. Saya ada
real picture semasa mak menjalani pembedahan, tetapi tidak dapat
dikongsi di sini kerana melibatkan aurat emak saya. Tetapi, inilah
gambaran lutut mak semasa dalam proses pembedahan sebelum dijahit
semula.



Selepas beberapa jam, proses pembedahan berjaya dilakukan.

Selang seminggu, mak pulang ke Parit Buntar.

Namun, mak terpaksa belajar ‘berjalan’ semula. Mak perlu belajar
‘mengayuh’ basikal semula. Ini semua excercise yang perlu mak buat untuk
memastikan mak dapat berjalan seperti biasa selepas ini.

Pada waktu itu, sayalah yang menjadi jurulatih fisioterapi mak. Saya
terpaksa memaksa mak untuk belajar berjalan dan mengayuh basikal. Cuba
anda bayangkan, mak terpaksa ‘membengkokkan’ lututnya semasa mengayuh
basikal. Sakitnya, Allahurabbi. (Bukan basikal betul. Tapi basikal yang
digunakan untuk senaman).

Macam nak menangis mak melalui fisioterapi ini.

Selepas beberapa bulan, kesakitan yang mak alami disebabkan pembedahan itu sudah berkurang.

Kesan Sampingan

Sejak dari awal lagi, doktor sudah memaklumkan kesan sampingan akibat
pembedahan ini. Jika sekarang mak tukar besi di lutut kanan. Dalam
tempoh satu tahun, mak mungkin terpaksa tukar di lutut kiri pula.

Mak hairan. Kenapa lutut kiri yang tak sakit pun nak ditukar juga lututnya.

Doktor menjelaskan, selepas pembedahan di lutut kanan, mak akan terasa
sakit dilutut kanan apabila berjalan. Disebabkan itu, mak akan cuba
mengalihkan tekanan itu ke atas lutut kiri. Maka lutut kiri pula yang
akan menerima tekanan yang kuat untuk menampung berat badan semasa
berjalan.

Ini kerana pesakit tak sanggup nak meletakkan beban dilutut yang baru
ditukar dengan besi akibat sakit. Kesannya, lutut kiri pula yang
kekurangan lendiran.

Pembedahan Kali Kedua


Selepas setahun, mak mula merasai kesakitan di lutut kirinya pula. Lutut kanan yang sakit dahulu kini sudah sembuh.

Selepas membuat pemeriksaan doktor, doktor memaklumkan mak terpaksa
menjalani pembedahan kali kedua untuk menukar lutut di sebelah kiri
pula.

Allahuakbar. Tak habis lagi mimpi ngeri akibat operation lutut kanan, nak kena operate sekali lagi di lutut kirinya pula.

Mahu tak mahu, sekali lagi mak terpaksa merelakan lutut kirinya ditukar dengan besi.

Aduh…. Allahuakbar. Mak perlu menjalani ‘penyeksaan’ kali kedua.

Sekali lagi, mak terpaksa membayar RM6,000 untuk kos pembedahan kali
kedua. Walau pun pembedahan di lakukan di hospital kerajaan, pihak
hospital hanya memberikan khidmat pembedahan percuma, tetapi pesakit
masih perlu membayar kos besi yang dibeli oleh pihak hospital.

Dan harga ini pun dianggap murah kerana abang saya membeli dari supplier
yang beliau kenal. Jika tidak, harga besi ini lebih mahal lagi.


Terseksa Kali Kedua

Buat kali kedua,  saya terpaksa menyeksa emak saya. Saya perlu memaksa
emak saya berjalan dan melakukan senaman mengayuh basikal.

Allahukbar. Hampir mengalir air mata mak menanggung sakit akibat
fisioterapi ini. Nak buat macam mana. Saya terpaksa buat demi kebaikan
emak saya.

Setelah beberapa bulan, Alhamdulillah. Emak kembali seperti sedia kala.
Mak boleh berjalan seperti biasa. Cumanya, mak akan mengalami masalah
untuk naik tangga jika terlalu tinggi. Dan mak hanya boleh bersolat
dalam keadaan duduk. Mak tak boleh duduk antara dua sujud. Mak tak boleh
membengkokkan lututnya sepenuhnya.

Namun, bagi mak. Mak tetap bersyukur kerana hari ini mak boleh berjalan
seperti sedia kala. Mak sudah tak rasa sakit lagi apabila berjalan.

Nasihat Daripada Emak

Selepas melalui tempoh yang mengerikan dalam masa 2 tahun, mak berharap
tidak ada sesiapa lagi yang terpaksa melalui pengalaman ngeri ini
dikalangan keluarga kami.

Kalau boleh, mak mahu ahli keluarga kami mula mengambil Glucosamine
sejak berumur 40 tahun ke atas. Ini bagi mengelakkan apa yang berlaku
kepada mak, berlaku kepada kami pula.

Abang Jan Sudah Mula Mengambil Supplemen

Satu hari, abang saya yang sulung balik ke rumah. Dan saya nampak beliau
makan Glucosamine. Terus  saya bertanya kepada abang saya.

“Abang Jan sakit lutut ka? Kenapa makan glucosamine ni?”

“Tak.. Tak sakit pun… Tapi, takkan nak tunggu sakit macam mak baru nak
makan. Tak sanggup la nak operate lutut tukar besi macam mak. Baiklah
makan supplemen ni. Kos kalau nak operate nanti pun dah jauh lagi mahal
dari makan supplemen ni. Ni belum campur dengan sakit yang nak kena
tanggung lagi.”

Betul Bagai Di Kata


Hmmm… apa lagi yang mahu saya katakan. Benarlah apa yang abang saya
cakapkan. Takkanlah nak sakit baru nak makan. Dan supplemen ini teramat
bagus untuk diambil buat mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas.

Jika Ada Ahli Keluarga Di Kampung Yang Mengalami Masalah Yang Sama


Memandangkan sekarang ini musim raya, ramai yang balik ke kampung. Cuba
anda berkongsi kepada ahli keluarga anda masalah ini. Mungkin ada di
antara ibu bapa anda yang dah mula sakit sakit lutut di peringkat awal.
Mungkin masih belum terlambat untuk mereka mengambil Glucosamine.

Insya Allah, ini mungkin membantu mereka. Kalau boleh, jangan biarkan ibu bapa anda terpaksa melalui apa yang mak saya lalui.


Saya nak berkongsi dengan anda, sekiranya ada diantara ahli keluarga anda yang mengalami tanda tanda awal sakit lutut ini.

ATAU…..

Anda sendiri yang sudah berusia 40 tahun ke atas mahu membuat langkah
pencegahan awal untuk mengelak daripada sakit lutut. Anda mungkin boleh
mencuba produk ADVANCE JOINT HEALTH TABLET (AJHT) dari Shaklee.






AJHT ini membantu menghilangkan sengal lutut dan bisa tumit. Disamping
menyokong keselesaan sendi, memelihara tisu penyambung yang sihat dan
meningkatkan kesan kusyen pada lutut.



Dan sikit lagi, saya nak kongsi dengan anda 10 Kebaikan AJHT:-
(UBAT SAKIT SENDI PALING HOT)

1) Menyokong keselesaan sendi
2) Membantu kekalkan tulang rawan
3) Memelihara tisu penyambung yang sihat
4) Melancarkan pergerakan harian
5) Sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal)
6) Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
7) Anti radang semulajadi
8) Dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi memberi kekuatan kepada struktur sendi
9) Bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan,
10) Membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligament



Mengapa anda perlu memilih produk Shaklee, ianya 100% dari tumbuhan semulajadi.




Jika anda mahu kesan yang lebih baik, anda boleh mencuba Set Shaklee
Ubat Sakit Sendi. Dalam set ini ada AJHT, Omega Guard dan Ostematrix.



Set Sendi Sihat Shaklee



OmegaGuard bertindak sebagai anti radang, menurunkan kolestrol dan menjaga kesihatan jantung.


Ostematrix pula bertindak sebagai sumber kalsium yang terbaik.
Menjaga kekuatan tulang, mengelakkan kejang dan kebas, juga melancarkan
pembuangan bahan buangan dalam badan.

Kam Maria


Shaklee ID : 881455


come_maria@yahoo.com


019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)


______________

haaa tu dia kisahnya..memang sangat caring pasal kesihatan diri..
Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee? 

Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan di

Emel: zahirahhafizan@gmail.com
sms/whatsupp 0139422527
untuk sebarang pertanyaan:) 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *