Assalamualaikum & salam sejahtera





Dulu-dulu… saya amat skeptikal dengan MLM. Dulu-dulu… sekarang?
Hehe.. Saya pulak jadi leader MLM. Pelik kan? MLM di Malaysia sebenarnya
disalah ertikan seolah-olah semuanya skim piramid yang menganiaya
downline. Itu jugalah pemahaman saya dulu. Kalau jadi upline, sentiasa
kaya, kalau jadi downline, sampai bila-bila akan menyumbang kepada
upline.




Menyertai Shaklee,
sebab saya suka produknya. Bila kaji sistem, alhamdulillah.. MLM yang
sangat adil. Walaupun upline, tapi kalau malas buat sales, memang tak
kemana. Untuk Shaklee, bisnes ini berdasarkan sales. Ada 100 downlines
pun kalau sales 0, memang tak dapat apa-apa. Berbeza dengan sesetengah
MLM, kalau register orang, dapat imbuhan,kan? pernah tak tahu? Sebab tu
kita kena tahu apa yang kita buat. Jangan masuk sebab tengok orang
berbondong-bondong masuk. Jangan! itu salah!





Ok, cerita panjang-panjang ni, jom semak kriteria MLM patuh syariah yang
digariskan oleh Ustaz Zaharuddin. Artikel penuh boleh baca di sini :



1. Harga tinggi dari biasa


Produk Shaklee ditawarkan dengan harga yang
sangat berpatutan. Contoh paling asas. Multivitamin Shaklee ditawarkan
dengan harga RM81 untuk 120biji iaitu RM0.70 sebiji. Malah, harga ahli
adalah lebih rendah





2. Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual
produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang
dijual adalah barang haram.
Tiada barangan haram dalam Shaklee. Semuanya mendapat pengiktirafan halal. Tiada paksaan pembelian atau penggunaan. 




3. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti
produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius
seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). 
Produk Shaklee dikenali lebih 60tahun sangat
berkualiti berasaskan penyelidikan. Sains Shaklee menjamin produknya
SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. Baca selanjutnya di sini


4. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. 
Tiada penjualan emas dan perak dalam Shaklee.


5. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli
bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna
orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang
dibantunya sahaja.
Ya.
Ini berlaku secara adil dalam Shaklee. Tanpa usaha, anda tidak mendapat
hasil. Jangan harapkan kuantiti anak, tetapi juga perlu menitikberatkan
kualiti 🙂




6. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang
ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya.
Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan
penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money
game).
Tiada apa komisen atau bonus yang diberikan
sekiranya ahli yang ditaja tidak membuat pembelian. Dia hanya bergelar
ahli / downline kita sahaja, tanpa apa-apa hasil yang didapati selagi
tiada belian dibuat


7. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha
atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat,
motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat
yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu
dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus
kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak
membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi
tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab
haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10
ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang
bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat
komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?
Dalam Shaklee, leadership bonus hanya layak
sehingga ke level 6, tidak lebih dari itu. Coaching, motivasi, pengisian
atau apa-apa bentuk bimbingan bagi kumpulan kami adalah 24/7 melalui FB
group. Mudah & praktikal



9. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan
untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan
berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada
semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang
atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
“Siapa kerja lebih, dia dapat lebih” Ini
adalah sistem dalam Shaklee. Ianya terbukti apabila terdapat downline
yang naik pangkat lebih cepat dari upline dan ada juga downline yang
menjana pendapatan lebih besar dari upline. Menjadi upline TIDAK
menjamin seseorang itu sentiasa kaya, sentiasa untung




10. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh
difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala
jenis penipuan.
Buku manual pemasaran & etika perniagaan
dibekalkan bersama starter kit. Setiap yang tertakluk adalah tetap. Jika
terdapat tawaran baru yang ditawarkan untuk tempoh tertentu (6 bulan
contohnya), pamplet dan surat pekeliling akan dikeluarkan & majlis
penjelasan mengenai insentif berkenaan akan diadakan oleh pihak Shaklee




11. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya
secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal
masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di
peringkat awal lagi


Ya. Nisbah perkongsian dan keuntungan dijelaskan dalam manual perniagaan secara jelas




Hubungi kami untuk lebih perincian.





Thanks for reading!
 

Related Post

0 thoughts on “Adakah Shaklee MLM yang patuh syariah?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *